[Al-Fatihah] Hail Amir meninggal dunia


BINTANG legenda yang popular pada era 1970-an, Datuk Hail Amir, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekitar jam 3.48 petang pada Isnin.

Allahyarham yang aktif sebagai penyanyi dan pelakon itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun disebabkan jangkitan paru-paru.

Berita duka tersebut disahkan anak perempuannya, Cinta Hailfi kepda media.

"Papa meninggal jam 3.48 petang tadi. Papa meninggal sebab jangkitan paru-paru, tapi Papa memang sakit jantung dan itu melemahkan dia," katanya sebagaimana dilaporkan.

Terdahulu sebelum itu, Hail atau nama lengkapnya Abdul Hail Amir dimasukkan ke HKL selepas mengalami batuk berterusan, sejak Sabtu.

Ketika hayatnya, bintang asal Pulau Pinang itu cukup terkenal sebagai pasangan duet kepada Uji Rashid menerusi lagu Seloka Hari Raya, Menunggu Nasi Minyak dan lain-lain, selain kerap digandingkan ebagai hero dan heroin dalam filem.

Antara filem popular Hail adalah Jiwa Remaja, Cinta Dan Lagu, Menanti Hari Esok, Sesejuk Air Mata Ibu dan lain-lain.

Allahyarham yang dikurniakan gelaran darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada 2022 itu meninggalkan seorang isteri dan empat anak. - 7KLIK 


Post a Comment

Previous Post Next Post