Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Al-Fatihah] Penyanyi Pop Yeh Yeh, A. Halim meninggal dunia


PENYANYI irama Pop Yeh Yeh, Datuk A. Halim meninggal dunia akibat angin ahmar di Hospital Penawar, Pasir Gudang, Johor pada Rabu.

A. Halim atau nama sebenarnya Abdul Halim Mohammad Diah dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas pada 7 petang semalam sebelum menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10.01 pagi, pada usia 77 tahun. Allahyarham mengalami lumpuh sebelah badan selepas diserang angin ahmar sejak lima tahun lalu.

Ketika hayatnya, penyanyi veteran yang popular pada era 1960-an itu dikenali dengan lagu-lagu seperti Salam Mesra, Kisah Dan Tauladan, Cenderawasih, Dendang Terakhir, Kawan Lama, Kan Hilang Nanti, Ku Tetap Kasih dan banyak lagi.

Antara album yang dihasilkan adalah seperti Hitam Manis, EP Gadis Buta dan Salam Mesra Dari A Halim.

A. Halim juga pernah menganggotai kumpulan kugiran termasuk De’ Fictions, The Wanderers, dan The Wisma.

Jenazah akan dikebumikan di Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Fatimah Bahrin 75 dan enam anak. - 7KLIK 


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments