Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Aktor General Hospital, Johnny Wactor mati ditembak


BINTANG siri General Hospital, Johnny Wactor dilaporkan meninggal dunia akibat ditembak dalam satu kejadian rompakan di Los Angeles, Amerika Syarikat, pada Sabtu.

Menurut laporan media, pihak polis mengesahkan actor berusia 37 tahun itu maut apabila ditembak salah seorang daripada tiga individu bertopeng yang cuba merompak barangan berharga termasuk 'catalytic converter' dalam kereta miliknya.

Difahamkan Wactor tidak melawan ketika kejadian tersebut berlaku, tetapi malang tidak berbau apabila pelaku tersebut tap melepaskan tembakan ebelum melarikan diri. Mendiang terus dibawa ke hospital berdekatan tetapi gagal diselamatkan. 

Berita duka itu pastinya mengejutkan keluarga, kenalan dan peminat Wictor yang menyifatkan aktor itu sebagai seorang yang sangat baik budi pekerti.

Wakil agensinya, David Shaul, berkata, kematian Wictor adalah satu kehilangan yang besar buat industri.

“Dia bukan hanya aktor berbakat dan berkomitmen pada pekerjaanya tetapi sering menunjukkan teladan baik bagi semua orang yang mengenalnya.

"Seorang yang bekerja keras dan mempunyai sikap pantang menyerah dalam apapun yang dilakukan,” ujarnya.

Ketika hayatnya, Wictor terlibat dengan lebih daripada 160 episod, siri General Hospital (2020 hingga 2022). Mendiang juga membintangi siri lain seperti Westworld, The OA, Siberia, Criminal Minds, Struggling Servers, Age Appropriate, NCIS dan lain-lain. - 7KLIK


Post a Comment

0 Comments