![]() |
| Casio G-SHOCK GMA-S2100PR-4A tampil dalam rona pastel pink, membawa simbol Pink Ribbon menerusi rekaan yang ringkas dan bermakna |
SETIAP Oktober, kempen Pink Ribbon kembali mengingatkan masyarakat tentang pentingnya kesedaran terhadap kanser payudara, daripada mengenali risiko sehinggalah kepada kepentingan pengesanan awal dan rawatan.
Mesej ini bukan sekadar mengajak masyarakat lebih peka terhadap kesihatan, tetapi turut membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk memainkan peranan dalam menyokong usaha meningkatkan kesedaran tentang penyakit tersebut.
Semangat untuk membawa mesej itu lebih dekat kepada masyarakat turut diterjemahkan Casio menerusi G-Shock GMA-S2100PR-4A, model terbaharu yang hadir dalam rona pastel merah jambu lembut sebagai simbol sokongan terhadap gerakan Pink Ribbon.
Berasaskan rangkaian GMA-S2100, jam tangan ini menampilkan pendekatan reka bentuk yang ringkas dan mudah disesuaikan dengan gaya harian.
Pilihan rona pastel tersebut pula memberikan sentuhan lembut pada keseluruhan penampilan, sambil mengekalkan karakter tersendiri siri GMA-S2100.
Elemen Pink Ribbon kemudian diterapkan secara lebih jelas pada bahagian sub-dail di kedudukan jam 9, menerusi penunjuk berbentuk reben merah jambu. Perincian kecil ini menjadi simbol kepada gerakan Pink Ribbon dan mesej kesedaran terhadap kanser payudara yang dibawanya.
Keseluruhan estetika serba merah jambu itu akhirnya menyatukan elemen gaya dengan mesej yang lebih bermakna. Selain melengkapkan penampilan harian, reka bentuk tersebut menjadi peringatan halus tentang kepentingan mengambil berat terhadap kesihatan serta tidak memandang ringan usaha pengesanan awal.
Mesej Lebih Bermakna
Pendekatan itu selari dengan mesej yang ingin diketengahkan Casio menerusi GMA-S2100PR-4A, khususnya mengenai kepentingan pengesanan awal, diagnosis dan rawatan kanser payudara.
Sokongan tersebut turut membawa visi bersama Pink Ribbon untuk membina dunia yang membolehkan setiap individu menjalani kehidupan yang sihat, bebas menjadi diri sendiri dan tidak dibatasi oleh penyakit.
Mesej berkenaan diteruskan menerusi pelbagai inisiatif sepanjang Pink October. G-Shock juga turut menyokong gerakan Pink Ribbon melalui kempen kutipan dana dan acara di seluruh dunia, sekali gus membantu meningkatkan kesedaran serta memastikan mesej mengenai kanser payudara terus mendapat perhatian.
Di Malaysia, usaha tersebut diteruskan menerusi sokongan Casio terhadap PINK ESG Wellness Campaign 2026, anjuran Universiti Malaya Medical Centre (UMMC), selain Putrajaya Pink October Night Run 2026 yang dianjurkan oleh Hospital Putrajaya.
Melalui GMA-S2100PR-4A dan sokongan terhadap inisiatif berkaitan, Casio memilih pendekatan yang menggabungkan elemen reka bentuk dengan mesej kesedaran, menjadikan Pink Ribbon bukan sekadar simbol pada sebuah jam tangan tetapi sebahagian daripada usaha membawa perbualan tentang kanser payudara lebih dekat dengan masyarakat.
Model terbaharu ini kini boleh didapati di butik G-Shock serta pengedar sah Casio di Malaysia. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
%20-%20(1).jpg)
%20-%20(4).jpg)
0 Comments