Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Lafaz Syahadah, Rapper Lil Jon sah peluk Islam


RAPPER, DJ dan penerbit muzik terkenal, Lil Jon, 52, telah memeluk agama Islam pada Jumaat lalu.

Menerusi sebuah rakaman video yang tular di media sosial, Lil Jon atau nama sebenarnya, Jonathan H Smith, dilihat melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris di sebuah masjid di Los Angeles, Amerika Syarikat.


Bintang popular tang pernah berkolaborasi dengan Usher itu berkongsi berita tersebut menerusi akaun Instagram miliknya yang mempunyai lebih satu juta pengikut pada Ahad.

Rata-rata peminat membrerikan sokongan dan respon positif dengan perkembangan terbaharu Lil Jon dan  mendoakan yang terbaik buat diri dan kerjayanya selepas ini. - 7KLIK


Post a Comment

0 Comments