Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Blackpink hangatkan Minggu Fesyen Paris 2024, bawa aura pada persalinan jenama mewah diwakili


Oleh: AILEEN ADAM


MINGGU Fesyen Paris yang berlangsung pada 26 Februari hingga 5 Mac lalu meriah dengan himpunan rekaan busana daripada pelbagai jenama ternama.

Acara yang sememangnya menjadir tumpuan saban tahun itu turut mempertemukan ramai bintang-bintang tersohor baik dalam industri hiburan mahupun fesyen dunia.

Tidak terkecuali kumpulan K-Pop sensasi, Blackpink yang turut menyaksikan kehadiran Jisoo yang kewakili jenama mewah Dior dan Rose (Yves Saint Laurent) pada hari kedua, manakala Jennie (Chanel) serta Lisa (Louis Vuitton) pada hari terakhir. 

Bagai biasa, penampilan keempat-empat bintang yang mempunyai pengaruh di seluruh dunia ini paling mendapat sorotan baik daripada peminat mahupun tetamu di acara tersebut.

Jennie tampil memikat dalam persalinan mini dress ruffle berwarna hitam daripada Chanel dengan gaya goth. Bintang yang baru tampil dengan single solo Slow Motion bersama Matt Champion itu  melengkapkan gayanya dengan boots tinggi, selain padanan aksesori perhiasan silver. Jennie memang sentiasa penuh dengan pesona.

Sementara Jisoo pula manis dengan sentuhan elegan persalinan Dior dress mini lengan panjang dengan rekaan seakan blazer. Dandanan rambutnya yang dilengkapkan dengan riben hitam itu turut memperlihatkam 'kecomelan' dirinya.


Tidak ketinggalan Rosé yang kali ini tampil dalam pesona misteri dan chic menerusi persalinan Yves Saint Laurent (YSL) yang diperbuat daripada material sheer transparent dengan aura seksi. Ditambah dengan padanan kaca mata hitam yang menegaskan aura misterinya itu, sekali gus mencuri perhatian ramai.

Lisa pula membuat kejutan pada segmen pertunjukan fesyen Louis Vuitton dengan gaya beraninya mengenakan outer berwarna pink, crop top, seluar pendek kulit. Gaya itu dipadankan pouch dari Louis Vuitton.

Ternyata pengaruh mereka bukan hanya pada arena muzik tetapi juga dalam industri fesyen yang sentiasa berkait rapat dengan penampilan mereka sebagai bintang ternama.

Tidak hairankan kehadiran mereka pada acara-acara sebegini cukup dinantikan, malah mendapat sorotan ramai. Impak yang ditampilkan bukan sedikit, sehinggakan banyak jenama ternama bersaing untuk mengatur kerjasama bersama mereka.  - 7KLIK 


ARTIKEL LAIN: 

Post a Comment

0 Comments