Jadi tumpuan untuk bergambar, poster Jennie di China terpaksa diturunkan elak jalan raya sesak




OLEH: Aileen Adam
PENGARUH bintang K-Pop sensasi, Jennie daripada kumpulan Blackpink bukan biasa-biasa dan sememangnya diakui penggemarnya di seluruh dunia.

Apa sahaja berkaitan Jennie yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada 16 Januari lalu itu pasti sahaja akan mencuri tumpuan ramai.

Terbaru, poster Jennie yang untuk kempen jenama Tamburin di Shanghai, China, terpaksa diturunkan oleh pihak berkuasa gara-gara lokasi tersebut menjadi tumpuan orang ramai yang ingin mengabadikan gambar mereka bersama poster tersebut.

Kehadiran orang ramai di lokasi poster terbabit menyebabkan jalan di sekitarnya menjadi sesak, sekali gus mengganggu kelancaran trafik, selain membahayakan keselamatan mereka.

Terdahulu poster Jennie yang berlokasi di laluan jalan utama itu menjadi viral apabila ramai peminatnya yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk bergambar dengan poster duta Tamburin itu.

Ramai yang meluahkan rasa kagum dengan pengaruh luar biasa yang diciptakan Jennie, bukan sahaja di negara kelahirannya, Korea Selatan, tetapi juga di China dan seluruh dunia.


Bayangkan, hanya dengan poster sahaja orang ramai sanggup beratur panjang dan membahayakan diri mereka semata-mata untuk bergambar dengan  pelantun lagu Solo dan You And Me itu.

Bukan hanya poster Tamburin di China, tetapi juga poster Jennie di lokasi lain menerusi kempen Calvin Klein, Adidas, Monster, Chanel, Hera dan lain-lain

Meskipun tidak dapat bersua muka secara berdepan dengan tuan punya badan, mengabadikan kenangan bersama posternya sahaja pun sudah memadai.

Tidak hairanlah kenapa Jennie yang kini merupakan pengasas dan pemilik label Odd Atelier itu terus menjadi pilihan pelbagai jenama antarabangsa untuk dijadikan duta dan wajah kempen.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 

Post a Comment

Previous Post Next Post