[REVIEW] Argylle dipenuhi plot twist, naskhah perisikan dengan gaya tersendiri


FILEM aksi perisikan Aryglle kini menemui penonton di seluruh pawagam bermula 1 Februari lalu. Buah tangan terbaharu pengarah terkenal Matthew Vaughn itu sekali lagi bakal membawa penonton untuk berhibur dengan aksi-aksi menarik dunia perisikan yang disampaikan dengan cara berbeza.

Naskhah ini mengisahkan tentang seorang penulis novel espionage terlaris, Elly Conway, yang menulis karya mengenai ejen rahsia bernama Argylle yang hebat dalam menyelesaikan misinya.

Karya-karya Conway sering mendapat sambutan hangat bukan sahaja daripada pembaca setianya, tetapi juga daripada agensi jenayah global yang merasakan wanita itu mampu meramal dan menyelesaikan agenda jenayah mereka. Ketika proses akhir menyiapkan novel kelimanya, Conway yang merupakan seoarang yang introvert dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya untuk mencari inspirasi bagi chapter terkahir novel tersebut. 

Conway kemudiannya berdepan kejadian mengalami kejadian tidak terduga, apabila dia diburu sekumpulan penjenayah. Mujurlah dia bertemu Aidan, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul menyelamatkan dirinya. Namun ia tidak terhenti di situ, sebaliknya membawa Conway kepada pelbagai kejadian tidak terduga.


Walaupun ceritanya bermula dengan agak perlahan, tetapi pada pertengahannya, penonton mula berasa seronok dengan babak-babak yang lebih menarik dan banyak hal yang di luar jangkaan disajikan dalam filem ini.

Terlalu banyak plot twist yang menghiasi naskhah garapan Vaughn kali ini sehinggakan perjalanan ceritanya menjadi begitu menghiburkan, malah tidak dapat dijangka penonton.

Antaranyanya tentang watak Argylle lakonan Henry Cavill yang sama sekali tersasar daripada apa yang dibayangkan penonton pada awal tontonan. Begitu juga dengan Conway, sosok introvert yang kemudiannya tampil dengan beberapa kejutan yang tidak terduga.

Biarpun bertemakan aksi, filem berdurasi lebih dua jam itu dibangunkan dengan cukup santai menerusi elemen komedi yang menyenangkan, spontan dan tidak berlebihan.

Pun begitu ia tidak bererti Argylle sebuah filem perisikan yang yang kurang babak aksi seriusnya. Naskhah ini tetap menyajikan aksi-aksi mendebarkan, cuma dengan caranya yang santai dan tersendiri. Malah ia tetap mendorong penonton untuk berfikir dan mencerna plot yang diketengahkan sejak awal sehingga ke penghujung cerita.


Tidak hanya itu, kelebihan filem ini juga terlihat pada barisan para pemainnya yang terdiri daripada nama-nama yang berada di papan atas. Pun begitu, mereka tidak hanya menjual nama, sebaliknya tampil dengan lakonan yang hebat dan berjaya mengisi peranan dengan begitu baik sekali seperti yang dilakukan Sam Rockwell, Bryce Dallas Howard dan Henry Cavill.

Cuma mungkin penampilan Dua Lipa sebagai Lagrange terlalu sedikit  membuatkan penonton tidak puas melihatnya beraksi dalam filem ini.   

Secara keseluruhannya, Argylle adalah sebuah filem yang sangat berbaloi untuk ditonton. Pastikan anda tidak ketinggalan menonton di pawagam berdekatan.  - 7KLIK

ARYGLLE
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 13
Genre: Aksi/thriller
Durasi: 2 jam 18 minit
Pengarah: Matthew Vauhhn
Pelakon: Sam Rockwell, Bryce Dallas Howard, Henry Cavill, John Cena, Dua Lipa, Samuel L. Jackson
Edaran: United International Pictures
Tarikh Tayangan: 1 Februari 2024
Bintang: 7.5/10

Post a Comment

Previous Post Next Post