Bintang Captain Marvel, Kenneth Mitchell meninggal dunia

PELAKON Kenneth Mitchell dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS), pada Sabtu.

Bintang asal Kanada yang terkenal dengan filem Star Trek dan Captain Marvel itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 49 tahun.

Khabar duka itu dikongsikan isterinya,  Susan May Pratt menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Kongsi Susan, mendiang sudah lima tahun menderita ALS iaitu sejenis penyakit neurologi membabitkan otot sehingga menyebabkan dia suka bercakap, menelan dan bernafas.

Aktor itu didiagnosis mengidap ALS pada 2018 dan terpaksa menggunakan kerusi roda sejak Oktober 2019. Malah dua tahun selepas itu, mendiang juga kehilangan suara akibat penyakit berkenaan.

Kenneth memulakan karier lakonannya sekitar tahun 2000 menerusi filem pendek, No Man's Land. Namun namanya mula dikenali ramai menerusi wataknya sebagai Eric Green dalam drama siri Jericho sebelum terus mencipta populariti dengan Star Trek: Discovery (2017) dan Star Trek: Lower Decks (2020) dan Captain Marvel (2022). - 7KLIK

Post a Comment

Previous Post Next Post