Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pilih ahli perniagaan, Atikah Suhaime kini bergelar isteri

HANYA dengan sekali lafaz, pelakon Atikah Suhaime sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, 35, pada majlis pernikahan pada malam Ahad.

Dinikahkan sendiri oleh bapanya, Mohd Suhaime Mohd Jamali, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, majlis ijab dan kabul pelakon asal Singapura dan pasangannya itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluaga dan teman rapat kedua-dua belah pihak.

Pada majlis tersebut, Atikah, 35, yang anggun dalam persalinan berona krim itu menerima mas kahwin sebanyak RM300 beserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan.




Difahamkan perkenalanan bintang filem My Stupid Boss dengan Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun itu mula terjalin sekitar 2019, sebelum mengikat tali pertunangan pada Disember, tahun lalu.  - 7KLIK


[FOTO: Stalista Glamz]

Post a Comment

0 Comments