YouTuber popular, Alana Dunsmore kini bergelar isteri Abbas Mahmood


PELAKON Abbas Mahmood selamat disatukan dengan gadis pilihannya, Alana Dee Dunsmore, dalam majlis ijab dan kabul yang berlangsung di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada Isnin.

Abbas atau nama lengkapnya Wan Mohd Abbas Hassan Wan Mahmood, 25, mula mengenali Alana yang juga merupakan seorang YouTuber asal Scotland sekitar lima bulan lalu sebelum sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

Biarpun melalui tempoh perkenalan yang cukup singkat, baik Abbas mahupun Alana percaya dengan ketentuan jodoh mereka dan tidak mahu membuang masa.

Majlis yang diadakan dalam suasana yang cukup harmoni dan sederhana itu disaksikan keluarga dan rakan terdekat kedua belah pihak pengantin termasuk kedua ibu bapa Alana yang terbang dari Scotland untuk memberi restu dan meraikan pasangan mempelai.




Alana turut berkongsi foto-foto menarik sepanjang majlis tersebut menerusi Instagram Stories, sekali gus menarik perhatian para peminatnya yang selama ini banyak mengikuti perkembangan hubungan cintanya dengan Abbas menerusi perkongsian yang dilakukan di media sosial.

Terdahulu Alana yang merupakan pelajar Universiti Tun Abdul Razak telah memeluk Islam pada 5 November lalu sebelum mengikat tali pertunangan pada tarikh sama.

Tahniah kepada pasangan penganti baharu, semoga perkahwinan berkekekalan hingga ke syurga.  - 7KLIK



(FOTO: Instagram Story Alana)

Post a Comment

Previous Post Next Post