Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Universal Music Group umum kerjasama strategik global bersama Jay Chou


universal Music Greater China (UMGC), salah satu cawangan Universal Music Group (UMG), peneraju global dalam hiburan berasaskan muzik, hari ini mengumumkan kerjasama strategik baharu dengan penyanyi popular, Jay Chou.

Perjanjian penting itu menjamin hak pemasaran dan pengedaran global untuk katalog muzik Jay Chou yang luas serta projek masa hadapan, selain menyokong bakat di bawah label JVR yang semakin meningkat, termasuk Patrick Brasca dan Young (Cao Yang).

Penyertaan penyandang Jualan Album Global IFPI 2022, Jay Chou, ke dalam senarai artis UMG menzahirkan komitmen syarikat untuk memartabatkan muzik Mandopop di pentas antarabangsa.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Universal Music Greater China (UMGC), Timothy Xu, berkata, pihaknya berbangga dan teruja dapat bekerjasama dengan ikon global itu. 

"Kami mengalu-alukan Jay Chou, ikon zaman kini ke dalam keluarga Universal Music. Kerjasama ini bukan sahaja satu pencapaian penting bagi kami, malah ia juga meraikan bakat seni dan daya tarikan global Jay Chou yang luar biasa.

"Kami amat berbesar hati kerana diamanahkan dengan warisan muziknya dan tidak sabar untuk menonjolkan bakat beliau yang luar biasa ke seantero dunia," ujarnya.


Jay Chou, yang diberi gelaran sebagai 'Raja Mandopop', merupakan bintang fenomenal di persada muzik Mandarin sejak penampilan pertamanya pada tahun 2000 dengan menerusi album JAY.

Pencapaian cemerlangnya merangkumi 15 album studio, di mana setiap satu menyumbang kepada legasinya. Karya Jay Chou pada tahun 2022, Greatest Works of Art, menandakan detik bersejarah apabila menjadikannya bukan sahaja artis Mandarin pertama yang berjaya menembusi senarai 10 teratas Carta Artis Global IFPI, malah artis Mandarin pertama yang berjaya mengungguli Carta Jualan Album Global.

Selain aktif sebagai penyanyi, Jay Chou juga turut dikenali sebagai penulis lagu di mana dia telah menggubah dan menghasilkan kesemua lagunya. Kebanyakan lagu tersebut dhasilkan dengan kerjasama penulis lirik tersohor Vincent Fang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif JVR Music menyifatkan penjajaran bersama UMG dalam kerjasama strategik itu  menandakan lembaran baharu untuk Jay dan syarikat itu ke arah visi untuk memartabatkan muzik pop Mandarin di peringkat dunia.

"Dengan memanfaatkan rangkaian global UMG yang luas membolehkan kami memperkasakan impak artistik Jay dan kepelbagaian senarai artis kami pada skala global.

"Kami teruja untuk memanfaatkan pakatan ini untuk melangkaui sempadan budaya serta mengukuhkan kehadiran antarabangsa warisan muzik kami yang unik," katanya.

Sejak 2013, Universal Music Publishing Group (UMPG), anak syarikat penerbitan terkemuka di bawah Universal Music Group, telah menjadi penerbit global untuk Jay Chou dan JVR, serta menguruskan keseluruhan katalog lagu mereka.

Perjanjian strategik global yang diperluaskan bersama UMGC menandakan era baharu peranan UMG sebagai rakan kongsi global holistik untuk Jay Chou dan JVR. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
lebih-teruja-masked-singer-malaysia
ARTIKEL LAIN: sooka-serba-baharu-tawar-harga-menarik
ARTIKEL LAIN: jumpstart-your-senses-new-concert


[KREDIT FOTO: Universal Music]

Post a Comment

0 Comments