Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Inspitari 2023 kembali, karya kreatif lagi unik bakal hangatkan persembahan



INSPITARI kini kembali menemui penonton dan peminat seni tari kreatif dengan menampilkan deretan karya unik dan penuh inspirasi yang bakal dipentaskan selama dua malam di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Kuala Lumpur, jama 8 malam pada 4 & 5 November.

Program yang sentiasa mendapat sambutan hangat setiap kali diadakan itu merupakan persembahan anjuran Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Persatuan Seni dan Budaya Era Baru (MANES).

Inspitari merupakan gabungan dua perkataan iaitu inspirasi dan tari bermaksud menggarap idea baharu yang kreatif dan inivatif dalam bidang tari. Ia merupakan siri persembahan yang menampilkan keunikan dan kepelbagaian dalam kesenian serta kebudayaan Malaysia yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan Kesenian JKKN dari seluruh negeri.

Program ini memberi peluang kepada koreografer berkarya dan setiap kumpulan kesenian jabatan terbabit dengan menghasilkan daya cipta kreatif, karya baharu yang dinamik dan segar ditampilkan dalam bentuk persembahan tarian serta muzik yang baharu beridentitikan keunikan masyarakat di Malaysia.

Pada edisi kali sebanyak 43 karya kreatif akan dipersembahkan dengan dua segmen iaitu Persembahan Tarian Tradisi Negeri dan Inspitari 2023. Pemenang akan diumumkan pada malam kedua (Ahad) persembahan.

Kumpulan JKKN WP Kuala Lumpur akan menampilkan karya berjudul Makan Sireh dan Kolusu, JKKN Ibu Pejabat (Asli Burung Putih & Chalok dan Zapin Gambus), JKKN Terengganu (Inang Rodat & Segok Khuge), JKKN Kedah (Cinta Sayang & Inang Taboq), JKKN Perlis (Canggung & Joget Mentarang), JKKN Pahang (Zapin Pekan & Labi-Labi) dan JKKN Perak (Dabus & Berinai Kita). 

Diikuti JKKN Johor (Ceracap Inai & Tari Hulu Peta), JKKN Selangor (Patenun & Ragam Semungkis), JKKN Negeri Sembilan (Piring & Mengomping), JKKN Melaka (Portugis: Jingkling Nona & Naka Laksamana ), JKKN Pulau Pinang (Ghazal Party & Ronggeng Kepak Tanjung), JKKN Kelantan (Tarian Serng Krapo - Tempurung Siam & Awe Mindo), JKKN Sabah (Tarirai & Monombodou) dan JKKN Sarawak (Alai Tamaruk & Mekieng Kelabok). - 7KLIK


[KREDIT FOTO: JKKN]

Post a Comment

0 Comments