Hot Posts

6/recent/ticker-posts

GV10: Ezad Lazim tersingkir, Hady Mirza ungguli tangga teratas



HANYA memperpolehi markah sebanyak 58 peratus (%), penyanyi Ezad Lazim diumumkan tersingkir pada konsert minggu ketujuh All Star Gegar Vaganza (GV10) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Mengisi tema 'Kau Ilhamku', Ezad yang juga vokalis kumpulan Exist itu menyampaikan lagu Seksa, nyanyian asal Ukays. Namun persembahan tersebut kurang memikat barisan juri sekali gus meletakkan kedudukannya di tangga terbawah.

Sementara itu, Hady Mirza selesa di tempat pertama apabila  persembahan mantapnya menerusi lagu Romancinta (Mojo). Memperoleh markah sebanyak 79.25%, penyanyi asal Singapura itu bukan sahaja mendapat pujian daripada juri, tetapi  juga perhatian daripada penonton yang terhibur dengan nyanyian yang ditampilkan.

Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

GV10 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam. - 7KLIK


Kedudukan dan markah peserta pada minggu ketujuh

1. Hady Mirza - Romancinta (79.25%)
2. Jaclyn Victor - Menghitung Hari (75.75%)
3. Liza Hanim - Gubahan Rindu Puisi Syahdu (70.25%)
4. Naqiu - Idola (70%)
5. Siti Nordiana - Tiada Kepastian (67%)
6. Tomok - Farhana (66.25%)
7. Azharina - Sejati (65.50%)
8. Noryn Aziz - Gelombang (60.75%)
9. Aliff Aziz - Gerhana Cinta Luka (60%)
10. Nikki Palikat - Selagi Ada Cinta (59.75%)
11. Ezad Lazim - Seksa (58%) - TERSINGKIRIR

Post a Comment

0 Comments