Hot Posts

6/recent/ticker-posts

GV10: Aaku tersingkir, langkah Aliff Aziz terhenti di minggu Suku Akhir



PENYANYI Aliff Aziz akur apabila langkahnya terhenti dan diumumkan tersingkir pada konsert minggu suku akhir All Star Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Aliff, 32, yang tampil menyampaikan lagu Cindai nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Gambus Jodoh (Tan Sri P.Ramlee) itu berada ditangga tercorot dengan markah sebanyak 55.75 peratus (%).

“Saya sangat berbesar hati diberi peluang bertanding selama 10 minggu. Terima kasih kepada semua yang memberi kata-kata positif dan semangat selama ini,” ujarnya selepas diumumkan tersingkir.

Sementara itu, Liza Hanim yang sebelum ini konsisten di tangga lima teratas pada setiap minggu menarik nafas lega apabila berpeluang untuk mara ke pentas separuh akhir meskipun berada di kedudukan bahaya iaitu tangga kelapan dan kedua terbawah dengan markah 63.25% menerusi persembahan lagu Samudera dan Yaladan. 

Kedudukan teratas pada minggu ini pula menjadi milik Naqiu dengan markah 75%. Bekas juara GV6 itu tampil dengan persembahan mantap dan menghiburkan menerusi lagu Hindi, Bol Radha Bol dan Ala Emak Kahwinkan Aku.

Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

ASGV atau GV10 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam. - 7KLIK


Kedudukan dan markah peserta pada minggu ke-10 (Suku Akhir)

1. Naqiu - Bol Radha Bol & Ala Emak Kahwinkan Aku (75%)
2. Hady Mirza - Mak Siti & Orak Orek (71.50%)
3. Jaclyn Victor - Conga & Asereje (71.25%)
4. Siti Nordiana - Ayam Den Lapeh & Mehndi Laga Ke Rakhna (70.50%)
5. Tomok - Melodi Hati & The Cup of Life (69.50%)
6. Nikki Palikat - Macarena & Perhaps, Perhaps, Perhaps (68.75%)
7. Azharina - Rambu Ramba & La Bamba (65.75%)
8. Liza Hanim - Samudera & Yaladan (63.25%)
9. Aliff Aziz - Cindai & Gambus Jodoh (55.75%) - TERSINGKIR 

Post a Comment

0 Comments