Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Coldplay atasi rekod Siti Nurhaliza, raih jumlah penonton tertinggi sepanjang zaman di Stadium Nasional Bukit Jalil



Oleh: AILEEN ADAM

MESKIPUN sudah beberapa hari konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour berlangsung, kehangatan persembahan yang berlangsung di  Stadium Nasional Bukit Jalil itu masih menjadi bualan dan diperkatakan ramai.

Bukan sahaja tampil dengan aksi memukau dan meninggalkan impak kepada penonton yang hadir, tetapi kumpulan yang dianggotai oleh Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion itu turut memecahkan rekod apabila berjaya mengumpulkan jumlah penonton paling ramai di stadium terbabit.

Konsert Coldplay pada 22 November lalu menyaksikan kehadiran seramai 75,000 penonton, sekali gus mengatasi rekod terdahulu yang dipegang selama 19 tahun oleh penyanyi  terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour (2004) dengan jumlah penonton seramai 70,000 orang.

Kumpulan asal Britain itu tampil buat pertama kali menjayakan konsert di Malaysia membuatkan ramai penggemar muzik mereka teruja dan tidak mahu melepaskan peluang hadir menyaksikan aksi mereka meskipun terpaksa menonton dalam hujan.

Terdahulu Coldplay baru sahaja selesai mengadakan konsert di Perth, Australia untuk dua malam persembahan pada 18 dan 19 November lalu. Selepas Malaysia, kumpulan itu akan menyambung konsert jelajah mereka di Singapura pada Januari tahun depan.

Selain dua artis berpengaruh ini, stadium ikonik itu turut mencatat jumlah penonton yang tinggi untuk beberapa konsert yang pernah berlangsung di situ. - 7KLIK



Top10 konsert dengan jumlah penonton tertinggi di Stadium Nasional Bukit Jalil

1. Coldplay: Music of the Spheres (2023) - 75,000 penonton
2. Datuk Seri Siti Nurhaliza: Siti Nurhaliza Fantasia Tour (2004) - 70,000 penonton
3. A. R. Rahman: Secret of Success  (2023) - 67,000 V
4. Blackpink: Bornpink Tour (2023) - 62,000 penonton
5. Jacky Cheung: Concert Tour (2023) - 50,000 penonton
6. Muse: Will of the People (2023) - 50,000 penonton
7. Jay Chou: Carnival World Tour (2023) - 45,000 penonton
8. Ed Sheeran: Devide Tour (2019) - 41,000 penonton
9. JJ Lin: Sanctuary 2.0 (2019) - 40,000 penonton
10. Jacky Cheung: A Classic Tour (2018) - 32,000 penonton


Post a Comment

0 Comments