DRAMA KOREA, LIFE ON MARS KINI DI TV2



DRAMA korea remake daripada siri televisyen UK dengan judul sama, Life On Mars bakal menemui penontondi slot Saranghaeyo On 2, mulai 29 November ini.

Menerusi drama yang menyaksikan gandingan mantap gandingan mantap Jung Kyung Ho, Park Sung Woong, Ko Ah Sung, Oh Dae Hwan, Noh Jong Hyun, Jun Suk Ho, Kwak Jung Wook dan Choi Jin Ho, penonton akan dibawa kembali ke tahun 1988 yang dijadikan latar utama dalam drama bersiri ini. 




Meskipun mengangkat kisah penyiasatan, naskhah 16 episod itu disampaikan secara santai dan diselang-selikan dengan unsur komedi.

Kisahnya berlatarkan tentang watak utama iaitu Tae-joo adalah seorang detektif yang ditugaskan untuk menyiasat kes berdasarkan bukti fizikal dan selalu mengikuti prosedur. Suatu hari, ketika mengejar seorang pembunuh bersiri, dia dilanggar kereta dan pengsan.

Apabila sedar, dia telah mendapati dirinya kini berada pada tahun 1988. Dalam era tersebut, dia bertemu dengan Dong-Chul, seorang detektif yang bersemangat namun hanya mengikut naluri, yang mengabaikan bukti dan prosedur.



Walaupun gaya mereka bertentangan, Tae-joo bergabung dengan pasukan Dong-chul dan mengambil bahagian dalam penyiasatan pada tahun 1988. Ketika mereka menyelesaikan kes, Tae-joo menemui Jejak pembunuh bersiri yang dikejarnya pada tahun 2018.

Ikuti kisah Life On Mars yang bakal bersiaran pada setiap Rabu hingga Sabtu, jam 8 malam, di TV2. - 7KLIK

Post a Comment

Previous Post Next Post