Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sabri Yunus, Angeline Tan kini suami isteri



PELAKON dan pengarah, Sabri Yunus, 62, selamat melangsungkan pernikahan dengan pelakon yang juga rakan baiknya, Angeline Tan dalam majlis ijab dan kabul yang berlangsung di Kangar, Perlis, pada Sabtu.

Pasangan yang juga bintang sitkom popular era 1990-an, Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Biarpun diadakan secara tertutup, berita pernikahan mereka mendapat perhatian ramai apabila dibanjiri dengan ucapan tahniah di laman media sosial.

Difahamkan hubungan mereka mula rapat sejak tiga tahun lalu selepas bekerjasama dalam drama Tanya Sama Pokok sehingga membawa kepada fasa yang lebih serius.

Terdahulu Angeline, 56, telah memeluk agama Islam pada hujung September lalu di Kelantan dan menggunakan nama Ardini. 

Sabri sebelum ini berstatus duda selama 16 tahun, selepas kematian isteri, Norraya Mohd Yusof akibat penyakit kanser pada 2007. Mereka dikurniakan tiga anak. Sementara Angelina menerusi perkahwinan terdahulu pula dikurniakan dua anak. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments