TIBA MASA, DATUK ZAINAL ABIDIN BIKIN KONSERT BUAT PEMINAT

Konsert Tiba Masa, Datuk Zainal Abidin.



DATUK Zainal Abidin akan mengadakan sebuah konsert sempena meraikan ulangtahun ke-40 pembabitannya dalam industri seni tanah air.

Konsert yang diberi nama Tiba Masa… Zainal Abidin akan berlangsung pada 29 dan 30 September 2023 depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Dipersembahkan oleh BSync Live dan X-FWD Management, tiket-tiket konsert akan mula dijual pada 4 Ogos 2023 ini di www.ticket2u.com.my dengan menawarkan enam tier tiket pada harga bermula RM169 untuk tempat duduk Aras 2 sehingga RM865 untuk tempat duduk kategori Emas.

Menurut Zainal, mengikut perancangan dia bakal mengadakan persembahan tanpa henti selama dua jam dengan diiringi barisan pemuzik tersohor antaranya Mac Chew dan Michael Veerapen.

Di samping itu, turut menjadi tarikan konsert Tiba Masa adalah kemunculan istimewa kumpulan Headwind yang bakal membuat persembahan bersama Zainal dengan lagu-lagu hit mereka. Antaranya seperti Suraya, Pelangi, Segalanya Mungkin dan Hanya Di Radio.

Kali terakhir kemunculan Headwind bersama Datuk Abidin dalam sebuah persembahan adalah sewaktu konsert Datuk Zainal  lima tahun lalu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket ke konsert Tiba Masa Zainalabidin” boleh klik link https://goo.by/JfeRd. Ketahui kisah-kisah di sebalik tabir sekitar persiapan Datuk Zainalabidin untuk konsert di laman media sosial Facebook dan Instagram @tibamasa.zainalabidin

Post a Comment

Previous Post Next Post