Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Terbuka Malaysia BWF: Ee Yi-Yew Sin bawa cabaran di bawah jurulatih baharu



[KREDIT - STADIUM ASTRO: https://www.stadiumastro.com/sukan-badminton/terbuka-malaysia-bwf-ee-yiyew-sin-bawa-cabaran-di-bawah-jurulatih-baru-227417]


Beregu beregu lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, yakin dengan persediaan yang dilakukan untuk menghadapi Terbuka Malaysia BWF tanpa perlu memperbaiki sebarang teknik atau corak permainan.

"Segalanya berjalan lancar walaupun kami bertukar jurulatih dengan mendapatkan khidmat Rosman Razak.

"Kami sudah memulakan latihan di bawah kendaliannya sejak bulan lalu," kata Yew Sin.
Tambah Ee Yi:
"Kami tidak akan mengubah corak permainan menjelang seminggu kejohanan jadi kami akan kekal persiapan sedia ada dengan berbincang jurulatih, Rosman, dan bekas jurulatih, Chin Ee Hui.

"Kerjasama sama antara kami harap dapat membuahkan hasil," ujarnya.

Bakal bertemu seteru di ranking ke-28 dari China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang, dalam pusingan pertama, gandingan profesional negara di ranking ketujuh dunia itu tidak menganggap ia adalah laluan mudah buat mereka dalam saingan kali ini biarpun di atas kertas, kelebihan ranking tampak memihak gandingan tempat ketiga Kejohanan Dunia Sepanyol 2021 itu.

"Tiada jalan mudah dalam beregu lelaki.

"Lagipun gandingan di ranking 20 ke atas pun memiliki gelaran.

"Kami akan berdepan satu persatu perlawanan," kata Yew Sin lagi.

Selain enggan memberi harapan palsu kepada penyokong, Yew Sin-Ee Yi bersikap realistik apabila memilih untuk kekal berahsia dengan sasaran mereka dalam Terbuka Malaysia -- cukup sekadar ia tersemat kemas di hati masing-masing.
"Kami tidak mahu letakkan sasaran terlalu tinggi dan rendah.

"Kalau sasaran kami tidak menjadi, bukan sahaja kami malah penyokong juga kecewa," kata Ee Yi.


[KREDIT - STADIUM ASTRO: https://www.stadiumastro.com/sukan-badminton/terbuka-malaysia-bwf-ee-yiyew-sin-bawa-cabaran-di-bawah-jurulatih-baru-227417]

[KREDIT PHOTO: Instagram Ong Yew Sin]

ARTIKEL BERKAITAN: malaysia-atasi-thailand-1-0
ARTIKEL BERKAITAN: chan-to-goh-lets-have-really-good-last
ARTIKEL BERKAITAN: liu-ying-umum-persaraan


Post a Comment

0 Comments