Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Aksi Alive Drift bakal buat penonton tidak senang duduk


FILEM ini mengisahkan tentang seorang pelumba e-sports, Koichi Oba (Shuhei Nomura) yang mula memasuki dunia drifter profesional dan memandu kereta sebenar atas permintaan pasukan milik seorang pelumba drift veteran, Tyosuke Muto bersama anak perempuannya Natsumi Muto. 

Selepas mengalami kemalangan dalam satu perlumbaan, Muto tidak dapat lagi berlumba dan kehilangan penaja untuk pasukan itu. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, mereka perlu mencari pelumba baharu dan harapan itu disandarkan kepada Koichi.

Biarpun Koichi lebih pakar berlumba secara maya, pasukan Alive cuba membantu dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi bagi memastikan pemuda pendiam itu berani menyahut cabaran baharu dan menguasai perlumbaan kereta sebenar. - 7KLIK





Post a Comment

0 Comments