Shanghai Watch Originate Fangyu Bawa Inspirasi Seni Bina Shanghai Ke Pergelangan Tangan


BENTUK geometri dan karakter seni bina sering menjadi sumber inspirasi dalam dunia reka bentuk, termasuk apabila elemen ikonik sesebuah bandar diterjemahkan ke dalam aksesori harian.

Pendekatan itu dapat dilihat pada koleksi terbaharu Shanghai Watch yang mengambil inspirasi daripada salah satu mercu tanda bersejarah kota Shanghai.

Seni bina The Bund City Hall Plaza diterjemahkan menerusi koleksi Originate Fangyu, sebuah jam berbentuk empat segi yang menggabungkan garis kemas dengan bucu sedikit melengkung. Rekaan ini mengambil rujukan daripada struktur serta halaman tertutup bangunan tersebut, sebelum diolah dalam bentuk yang lebih moden.

Bentuk tersebut turut membawa maksud tersendiri menerusi ungkapan “The Great Square Has No Corners” yang menjadi panduan kepada koleksi ini. Garisan yang tegas bertemu dengan bucu yang sedikit melengkung, menghasilkan siluet yang kemas dan berstruktur.

Perincian Seni Bina Pada Muka Jam

Pengaruh seni bina tersebut turut diteruskan pada bahagian muka jam menerusi tekstur hiasan halus yang mengambil rujukan daripada perincian bangunan bersejarah itu.

Penanda jam berbentuk baton yang langsing, jarum jam dan minit berpotongan menyerupai pedang serta jarum saat berbentuk bulat pula memberikan sentuhan neo-klasik yang lebih terkawal.

Paparan tarikh pada kedudukan jam 3 melengkapkan fungsi harian, manakala binaan jam menggunakan keluli tahan karat 316L bersama flat sapphire crystal. Fangyu turut menawarkan ketahanan air sehingga 5 ATM atau 50 meter, sesuai untuk kegunaan harian.

Bahagian luaran itu dipadankan dengan tali Alcantara yang lembut, memberikan kontras kontemporari kepada bentuk kotak jam yang lebih berkarakter.


Di sebalik rekaan tersebut, jam ini menggunakan mekanisme automatik ST2130 yang menawarkan rizab kuasa kira-kira 42 jam. Pergerakan mekanikal berkenaan boleh dilihat menerusi bahagian belakang kotak yang lutsinar, memberikan gambaran kepada mekanisme yang menggerakkan jam tersebut.

Originate Fangyu hadir dalam empat pilihan warna iaitu hijau, kelabu, burgundy dan putih. Model burgundy tampil dengan kotak dalam kemasan rona rose-gold, manakala pilihan lain mengekalkan karakter semula jadi keluli tahan karat.

Lebih daripada sekadar menerapkan bentuk geometri, Fangyu memperlihatkan hubungan antara Shanghai Watch dengan bandar yang menjadi sebahagian daripada identitinya.

Koleksi Shanghai Watch Originate Fangyu kini boleh didapati melalui Red Army Watches Malaysia. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments