Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PENCARIAN SEMULA CINTA SEJATI, LOVE AMONGST WAR


MENGISI slot Golden Phoenix di TV2 mulai 26 September ini, setiap Isnin hingga hingga Jumaat, pukul 5.00 petang drama bersiri Kantonis bertajuk Love Amongst War. Menariknya siri sejarah tentang pahlawan legenda di China ini menampilkan pelakon Benny Chan, Jessica Hsuan, dan Angel Lou yang mengangkat peristiwa di era Xiantong masa pemerintahan Maharaja Yizong dari Dinasti Tang. Siri ini ditulis dan diproduksi oleh Jian Yuanxin, dan diarahkan oleh Lin Tianyi. 

Diadaptasi dari cerita rakyat terkenal di China, siri 48 episod ini menggambarkan cinta yang tidak berubah antara seorang putera diasingkan dengan seorang wanita bangsawan. Pada Dinasti Tang, sebagai hasil dari perebutan kekuasaan, Pangeran Mahkota kecil melarikan diri dari Istana Kerajaan. 

Dia kemudiannya mengambil keputusan melakukan penyamaran dengan menggunakan nama samaran iaitu Xue Pinggui, dan dia tinggal dalam kalangan rakyat jelata. 

Masa berlalu hingga dirinya meningkat dewasa dia memutuskan untuk kembali ke ibu kota. Pada masa sama dia telah ditakdirkan jatuh cinta dengan seorang wanita bangsawan yang cantik, dikenali sebagai Wang Baochuan, puteri ketiga daripada menteri. 

Wang Baochuan berkahwin dengan Xue Pinggui dan melawan kehendak ayahnya dan bahkan sanggup memutuskan hubungan dengan orang tuanya juga. Tak lama setelah itu, Xue Pinggui bergabung dengan tentera dan berperang melawan Xi Liang, musuh Tang. Kerana cintanya terhadap negara, dia sanggup meninggalkan isteri yang baru dinikahinya. 

Sementara itu Wang Baochuan menderita kemiskinan, kelaparan dan sakit dan menunggu kembalinya suaminya. Dia hanya meneruskan kehidupan dengan memakan hidupan liar supaya tidak kebuluran. Segalanya dilakukan kerana sayangkan suaminya itu.

Pengorbanan Xue Pinggui untuk meninggalkan isterinya dan berperang untuk menyelamatkan negara sememangnya berhasil. Dia berjaya mengalahkan pihak musuh dan memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Tidak lama kemudian dia menikahi Putri Xi Liang untuk menghindari perang dan kemudian mewarisi takhta. Pada masa sama dia terpaksa menerima hakikat akan terus kehilangan Wang Baochuan di dalam hatinya. 

Setelah 18 tahun, Xue Pinggui kembali ke Tang dengan satu azam iaitu kembali semula kepangkuan Wang Baochuan yang pernah ditinggalkannya. Namun adakah isterinya itu memaafkannya? Masihkah ada ruang kemaafan buat Xue Pinggui yang meninggalkannya sejak sekian lama? Ikuti kesudahannya dalam siri menarik ini.



LOVE AMONGST WAR
Bahasa: Mandarin
Episod: 48   
Hari: Setiap Isnin-Jumaat
Masa: 5 petang 
Saluran: TV2 
Pelakon: Benny Chan, Jessica Hsuan, Angel Lou


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments