Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tiga tahun derita kanser, Julia Perez hembus nafas terakhir


SETELAH lebih tiga tahun menderita sakit kanser serviks, penyanyi dan juga pelakon terkenal Indonesia, Julia Perez atau turut dikenali sebagai Jupe meninggal dunia tengahari semalam, 10 Jun 2017 di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta.

Berita sedih itu telah disampaikan sendiri oleh adik perempuannya, AnggitThePerez menerusi akaun instagram miliknya sebaik sahaja artis terkenal itu menghembuskan nafas terakhir.



"Innalillahiwainnaialaihirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez. Minta doanya ya semua, terima kasih semua atas supportnya selama ini. I LOVE YOU.."

Sama-samalah kita hadiahkan Al-Fatihah buat Julia atau nama sebenarnya, Yuli Rachmawati. Semoga segala dosanya di dunia diampunkan, dan dipermudahkan perjalanannya ke Sana. Amin.

Post a Comment

0 Comments