GENAP satu dekad beroperasi di Putrajaya, Le Méridien Putrajaya kini meraikan ulang tahun ke-10 menerusi 10 Years of Excellence Anniversary Soirée.
Sambutan ini bukan sahaja menandakan pencapaian hotel dalam dunia hospitaliti, malah turut mengetengahkan seni, kreativiti tempatan dan hubungan erat dengan bandar Putrajaya.
Sejak membuka pintunya pada 2016, Le Méridien Putrajaya berkembang daripada sebuah hotel gaya hidup premium kepada destinasi yang menawarkan penginapan, sajian, acara perniagaan, majlis perkahwinan dan aktiviti santai.
Kedudukannya yang bersambung terus dengan IOI City Mall turut memberikan kemudahan kepada tetamu untuk menikmati pelbagai pengalaman dalam satu lokasi.
Perkembangan itu turut mendapat pengiktirafan apabila hotel berkenaan dinobatkan sebagai Best Lifestyle Hotel Experience pada Tourism Industry Awards 2026. Restoran ikoniknya, Le Mei, pula menerima pengiktirafan dalam kategori Best Specialty Cuisine Restaurants pada HAPA Awards 2026 Series 2.
Menurut Pengurus Besar Le Méridien Putrajaya, Sonal Malik, sedekad tersebut bukan hanya berkisar tentang sebuah hotel, tetapi pengalaman dan hubungan yang terjalin bersama tetamu.
“Sepanjang 10 tahun lalu, kami berpeluang menyambut tetamu untuk pelbagai momen, daripada penginapan dan sajian kepada hubungan bermakna serta detik paling istimewa dalam kehidupan.
"Setiap satunya menjadi sebahagian daripada kisah kami dan apabila melihat ke tahun-tahun mendatang, cita-cita kami adalah untuk terus meningkatkan mutu hospitaliti yang ditawarkan, di samping memainkan peranan dalam mengukuhkan daya tarikan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan,” katanya.
Seni dan insan yang mewarnai perjalanan
10 Years of Excellence Anniversary Soirée berlangsung sebagai acara yang meraikan individu, rakan kerjasama dan elemen kreatif yang menjadi sebahagian daripada kisah Le Méridien Putrajaya sepanjang sedekad lalu.
Antara yang diraikan ialah 14 warga kerja yang telah bersama hotel sejak ia mula dibuka. Mereka kemudiannya bersama tetamu kehormat dalam acara memotong kek ulang tahun setinggi 10 tingkat.
Berlangsung beberapa hari sebelum sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, acara itu turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Chua Choon Hwa; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOI Properties Group, Datuk Lee Yeow Seng; serta Datin Yeo Bee Yin.
Elemen kepelbagaian budaya dan kreativiti tempatan turut diberi perhatian menerusi karya Lakar by Mekar oleh artis tempatan Nor Asyikin Abdullah, yang menampilkan Le Méridien Putrajaya sebagai subjek.
Persembahan live painting oleh Syamsul Addenno dari OnWall Enterprise pula menyatukan imej hotel dan Putrajaya dalam sebuah karya di atas kanvas. Karya tersebut kemudiannya disampaikan oleh Sonal Malik kepada Datuk Lee Yeow Seng.
Memasuki fasa seterusnya, Le Méridien Putrajaya mahu terus memperkembangkan pengalaman penginapan, sajian dan gaya hidup, selain memberi lebih banyak peluang kepada tetamu untuk meneroka Putrajaya menerusi konsep Art of Travel, Joy of Living dan Savouring the Good Life.
Sambutan ulang tahun turut diteruskan dengan koleksi penginapan dan sajian untuk tempoh terhad, termasuk Decade of Moments Stay serta The Art of 10. Koleksi ini menampilkan pengalaman di Le Mei, Latest Recipe dan Latitude 02, daripada degustasi 10 sajian dan dim sum istimewa kepada grand buffet, koktel, éclairs dan afternoon tea.
Le Méridien Putrajaya kini bersedia memperkenalkan pengalaman baharu kepada tetamu, sambil membuka lebih banyak ruang untuk meneroka sisi lain Putrajaya. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments