| Eucerin Presenter, Kwong Ling Ling menjadi tumpuan di Eucerin Spotless Brightening Showcase |
ADA sesuatu yang menarik tentang perkara yang kekal dalam hidup, terutama ketika segala-galanya di sekeliling terus berubah. Jadual semakin padat, rutin harian bertukar dan kehidupan bergerak pada kadar yang sukar dijangka, namun beberapa perkara tetap menjadi pegangan, termasuk cara seseorang menjaga diri.
Bagi Kwong Ling Ling, penjagaan kulit kekal menjadi antara rutin yang tidak diketepikan meskipun hari-harinya semakin sibuk dengan pelbagai urusan kerjaya dan kehidupan peribadi.
Selepas kunjungannya ke Malaysia awal tahun ini mendapat sambutan menggalakkan, Eucerin Presenter itu kembali bertemu peminat tempatan menerusi kempen Spotless Brightening.
Kepulangannya kali ini disambut meriah apabila peminat memenuhi lokasi, malah ada yang sanggup menunggu berjam-jam semata-mata untuk bertemu selebriti kesayangan mereka. Keterujaan jelas terpancar sepanjang acara, dengan peminat tidak melepaskan peluang mendapatkan momen bersama Ling Ling.
Sambutan hangat itu menjadikan kunjungannya lebih daripada sekadar penampilan bersama Eucerin, sebaliknya satu pertemuan bermakna antara selebriti Thailand itu dan peminat Malaysia.
Dalam kemeriahan tersebut, Ling Ling turut berkongsi tentang perkara yang kekal bersamanya ketika kehidupan semakin sibuk.
“Sejak kebelakangan ini, saya memang sangat sibuk dan setiap hari terasa berbeza. Namun, saya percaya setiap daripada kita mempunyai perkara yang tidak berubah dan kekal menjadi sebahagian daripada identiti diri.
"Bagi saya, antaranya kecintaan terhadap fesyen dan rutin penjagaan kulit. Apabila sesuatu telah terbukti dan mendapat kepercayaan kita, tiada sebab untuk menukarnya.
"Itulah sebabnya Eucerin Spotless Brightening terus menjadi sebahagian daripada rutin harian saya,” kongsi aktres berusia 31 tahun itu.
Konsistensi pula menjadi perkara penting dalam penjagaan kulit. Perubahan mungkin tidak berlaku dalam sekelip mata, namun rutin yang dilakukan secara berterusan membantu mengekalkan keadaan kulit dalam jangka panjang.
Pakar Perunding Dermatologi, Dr. Benji Teoh, turut menekankan kepentingan meneruskan rutin penjagaan kulit walaupun perubahan pada kulit sudah mula kelihatan.
Jelasnya, penggunaan secara konsisten membantu mengekalkan hasil yang dicapai berdasarkan dapatan kajian klinikal terhadap produk berkenaan.
Rutin Ringkas Yang Kekal Relevan
Dalam rutin yang dikongsikan Ling Ling, Spotless Brightening Booster Serum menggunakan bahan aktif berpaten Thiamidol yang diformulasikan untuk menyasarkan penghasilan melanin berkait dengan pembentukan bintik hitam. Hasil kajian klinikal yang dinyatakan oleh jenama menunjukkan perubahan pada penampilan bintik hitam seawal dua minggu.
Melengkapkan rutin itu ialah Spotless Brightening Boosting Essence yang hadir dengan tekstur ringan dan mudah meresap, selain memberikan hidrasi kepada kulit.
Gabungan kedua-duanya mencerminkan pendekatan rutin penjagaan kulit yang ringkas dan boleh dilakukan secara konsisten mengikut keperluan kulit.
Bagi Eucerin, penekanan terhadap konsistensi turut berkait dengan pendekatan penjagaan kulit dermatologi yang dibangunkan menerusi pengalaman lebih 120 tahun, dengan fokus terhadap penyelidikan dan pendekatan berasaskan sains.
Hubungan antara Ling Ling dan Eucerin pula terus berkembang menerusi perkongsian yang berterusan, dengan rutin penjagaan kulit menjadi antara perkara yang menghubungkan kedua-duanya.
Kunjungan kali ini turut diserikan menerusi siri jelajah Spotless Brightening, termasuk barangan edisi terhad hasil kolaborasi bersama Ling Ling dan sesi penghargaan khas untuk peminat.
Di sebalik kemeriahan tersebut, mesej yang lebih sederhana tentang rutin penjagaan diri tetap menjadi inti utama iaitu sesuatu yang dipercayai tidak semestinya perlu berubah hanya kerana kehidupan bergerak ke fasa yang berbeza.
Bagi Ling Ling, mungkin itulah sebabnya rutin penjagaan kulit terus menjadi sebahagian daripada hari-harinya. Dalam dunia yang sentiasa berubah, memiliki sesuatu yang boleh diharapkan setiap hari memberikan sedikit rasa familiar dan kestabilan.
Maklumat lanjut mengenai rangkaian Eucerin Spotless Brightening boleh diperoleh menerusi laman rasmi Eucerin Malaysia. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- ABARO Takraw Lengkapi Langkah Skuad Sepak Takraw Selangor Menuju SUKMA 2026
- Fesyen Korea Untuk Gaya Hidup Harian, TOPTEN10 Kini Di 1 Utama
- Shopee 8.8 Permudah Pembelian Produk Tempatan Dengan Penghantaran Hari Yang Sama
0 Comments