Nespresso Vertuo Up Bawa Pengalaman Kopi Lebih Fleksibel Ke Kediaman


BAGI pencinta kopi, secawan minuman bukan sekadar rutin harian, tetapi satu pengalaman yang berubah mengikut suasana dan cita rasa. Ada ketika kopi panas menjadi pilihan untuk memulakan pagi, manakala kopi ais pula lebih sesuai menemani hari yang panjang.

Melihat kepada perubahan gaya hidup moden, Nespresso memperkenalkan Vertuo Up, sebuah mesin kopi baharu yang membawa sistem Vertuo ke kediaman dengan pendekatan lebih fleksibel menerusi pelbagai pilihan bancuhan dalam satu peranti.

Dilancarkan menerusi kempen global Vertuo World, Vertuo Up menawarkan pengalaman menikmati kopi dengan lebih mudah melalui operasi satu butang.

Bagi memperkenalkan inovasi tersebut kepada pengguna Malaysia, Nespresso turut mengadakan jerayawara Vertuo World di The Exchange TRX yang menampilkan tiga ruang pengalaman iaitu Morning World, Cloud World dan Pool World.

Menerusi pengalaman tersebut, pengunjung dapat mengenali keupayaan Vertuo Up, mencuba pelbagai resipi kopi serta melihat sendiri cara mesin ini menghasilkan hidangan kopi panas dan sejuk.

Teknologi Moden Untuk Pengalaman Kopi Peribadi

Vertuo Up direka untuk memberikan pengalaman membancuh kopi yang lebih praktikal, dengan mesin ini bersedia digunakan dalam masa tiga saat selepas dihidupkan. Ia turut dilengkapi sambungan pintar menerusi aplikasi Nespresso Smart App yang membolehkan pengguna menetapkan saiz cawan, menerima notifikasi penyelenggaraan serta mengakses pelbagai resipi kopi.

Menggunakan Teknologi Centrifusion, setiap kapsul kopi diputar pada kelajuan tinggi ketika proses bancuhan bagi menghasilkan rasa kopi seimbang bersama lapisan buih halus yang menjadi ciri sistem Vertuo.

Dari segi reka bentuk, Vertuo Up hadir dengan orientasi kapsul menegak baharu yang menjadikannya lebih ramping, selain menampilkan sistem tuas terkini untuk penggunaan lebih mudah. Mesin ini turut menggunakan lebih 70 peratus plastik kitar semula sebagai sebahagian daripada usaha kelestarian Nespresso.

Antara ciri utama yang diketengahkan ialah mod Coffee Creations yang membolehkan pengguna menyediakan pelbagai minuman berasaskan kopi pekat seperti kopi susu asli, kopi susu berasaskan tumbuhan serta kopi ais.



Vertuo Up serasi dengan lebih 30 pilihan kopi Vertuo yang hadir dalam enam saiz cawan, daripada 25ml ristretto sehingga 535ml carafe, membolehkan pengguna menyesuaikan bancuhan mengikut citarasa masing-masing.

Turut diperkenalkan bersama Vertuo Up ialah kerjasama Nespresso x Blue Bottle Coffee NOLA Style Blend, yang membawa inspirasi cold brew dari New Orleans ke dalam sistem kapsul Vertuo buat pertama kali di Malaysia.

Gabungan biji kopi Arabika dari Brazil dan Robusta dari Mexico menghasilkan profil rasa dengan nota bijirin serta karamel, selain menyerlahkan sentuhan cikori apabila dinikmati bersama susu, khususnya susu oat. Kapsul Double Espresso ini juga mempunyai profil kafein tinggi dan sesuai dijadikan kopi ais.

Kerjasama tersebut turut memperkenalkan Nomad Tumbler Blue Bottle Coffee Edition, bekas minuman yang direka untuk melengkapkan pengalaman menikmati kopi ketika bergerak.

Pengurus Perniagaan Nespresso Malaysia, Cyndi Chin berkata, Vertuo Up dibangunkan untuk memenuhi keperluan pencinta kopi moden yang mahukan pilihan lebih fleksibel mengikut rutin harian.

Menurutnya, mesin ini direka bagi menjimatkan masa pada waktu pagi, menyediakan pilihan kopi ais pada waktu tengah hari serta menyesuaikan diri dengan perubahan cita rasa pengguna dari semasa ke semasa.

Gabungan Vertuo Up bersama NOLA Style Blend sebagai usaha membawa pengalaman kopi yang lebih inovatif, sekali gus memenuhi rasa ingin tahu pencinta kopi Malaysia terhadap pelbagai cara menikmati minuman tersebut.

Vertuo Up kini boleh didapati menerusi butik Nespresso di seluruh Malaysia serta platform dalam talian rasmi. Pengalaman Vertuo World pula berlangsung di Main Concourse, The Exchange TRX dari 13 hingga 19 Julai 2026, menampilkan rangkaian Vertuo Up, Nespresso x Blue Bottle Coffee NOLA Style Blend serta koleksi aksesori terpilih. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments