DRAMA global yang mencipta fenomena, FX’s Shōgun, mengumumkan barisan pelakon baharu dan yang kembali untuk musim kedua, berserta pengarah dan penulis yang terlibat dalam babak seterusnya siri yang memenangi Anugerah Emmy ini. Musim kedua ini berlaku lebih sedekad selepas peristiwa musim pertama akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+, sementara semua episod musim pertama sudah tersedia untuk ditonton.
Pengumuman barisan pelakon, pengarah dan penulis dibuat sempena Disney+ Originals Preview Asia Pasifik oleh The Walt Disney Company di Hong Kong, menjelang penggambaran musim kedua yang dijadualkan bermula di Vancouver pada Januari depan.
Pelakon baharu yang menyertai siri ini termasuk Asami Mizukawa, Masataka Kubota, Sho Kaneta, Takaaki Enoki, dan Jun Kunimura.
Sementara itu, barisan pelakon musim terdahulu termasuk pemenang Anugerah Emmy, Hiroyuki Sanada dan Cosmo Jarvis, bersama Fumi Nikaidô, Shinnosuke Abe, Hiroto Kanai, Yoriko Dôguchi, Tommy Bastow, Yuko Miyamoto, Eita Okuno dan Yuka Kouri.
Dua pengarah dari musim pertama yang memenangi anugerah, Hiromi Kamata dan Takeshi Fukunaga, kembali untuk musim kedua. Selain itu, Anthony Byrne, Kate Herron, dan Justin Marks turut mengarah beberapa episode untuk baharu ini.
Kisah Musim Pertama dan Latar Musim Kedua
Dalam musim pertama, Lord Yoshii Toranaga (Sanada) bergelut untuk kelangsungan hidupnya ketika musuh-musuh dalam Council of Regents bersatu menentangnya.
Kehadiran sebuah kapal Eropah misteri di sebuah kampung berhampiran membawa John Blackthorne (Cosmo Jarvis), seorang juruterbang Inggeris yang berkongsi rahsia strategi penting dengan Toranaga, sekaligus mengubah keseimbangan kuasa dan menamatkan perang saudara yang menentukan abad.
Musim kedua berlaku sepuluh tahun selepas musim pertama, menyambung saga berinspirasikan sejarah tentang dua lelaki dari dunia berbeza yang takdir mereka saling berkait.
Berasaskan novel terlaris karya James Clavell, 'Shōgun' diadaptasi untuk televisyen oleh Rachel Kondo dan Justin Marks, serta diterbitkan oleh FX Productions.
Musim pertama telah memenangi 18 Anugerah Emmy, mencatat rekod sebagai siri dengan kemenangan Emmy terbanyak dalam satu musim. FX juga mencatat sejarah apabila siri ini menjadi siri pertama yang memenangi Outstanding Drama Series.
Dalam pada itu, Hiroyuki Sanada menjadi pelakon Jepun pertama yang memenangi Emmy bagi Lead Actor in a Drama Series, manakala Anna Sawai mencipta sejarah sebagai pelakon Asia pertama memenangi kategori Lead Actress.
Sebagai fenomena global, siri ini turut meraih pelbagai anugerah lain termasuk Golden Globe Award for Best Television Series - Drama, AFI TV Program of the Year, serta pengiktirafan utama daripada SAG, WGA, DGA, PGA, TCA, dan Independent Spirit Awards.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments