Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Layar yang Menyatukan Kita: Dokumentari Terbaharu RTM Selami Perjalanan TV Malaysia


SEJARAH penyiaran televisyen Malaysia bermula seawal tahun 1963 dengan paparan hitam putih dan telah memainkan peranan besar dalam membentuk cara masyarakat menerima maklumat, berkongsi aspirasi dan merakam detik-detik penting negara.

Apabila
teknologi berkembang, siaran berwarna pula diperkenalkan pada tahun 1978, menjadikan televisyen medium yang bukan sahaja lebih canggih, tetapi juga semakin dekat dengan kehidupan harian rakyat.

Daripada
fungsinya sebagai penyampai berita kepada arkib sejarah negara, televisyen terus berevolusi, menjadi ruang yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat.

Memahami
kepentingan itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkenalkan sebuah dokumentari khas berjudul Menjulang Layar, Menyatukan Bangsa, yang bakal ditayangkan pada 21 November ini, Jumaat, jam 9 malam di TV1 serta secara digital menerusi platform RTMKlik.

Dokumentari
ini digarap untuk membawa penonton menelusuri bagaimana televisyen telah berkembang, berubah, dan terus relevan dalam ekosistem penyiaran negara.

Wajah-Wajah
Industri Yang Menghidupkan Naratif

Dokumentari
ini menampilkan analisis mendalam daripada tokoh-tokoh ternama dunia penyiaran, antaranya Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Penyiaran.

Dengan
pengalaman lebih tiga dekad sejak menyertai industri pada tahun 1990, Suhaimi telah melalui pelbagai fasa, bermula sebagai wartawan dan penyunting berita, sehinggalah mengetuai stesen televisyen serta menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat NUJM. Penglibatannya sebagai Profesor Adjung di beberapa universiti awam turut memperkukuh sudut pandangnya dalam dokumentari ini.

Turut
memberikan perspektif ialah Datuk Khairul Anwar Salleh, nama besar dalam industri yang berpengalaman 25 tahun dan pernah menerajui Rangkaian Televisyen Media Prima serta Primeworks Studios.

Sepanjang
kerjayanya, Khairul terlibat dalam penerbitan filem box-office seperti Hantu Kak Limah, Paskal dan Polis Evo 2, selain menjadi antara individu penting di sebalik program realiti popular seperti Maharaja Lawak dan Gegar VaganzaPengalaman luasnya sebagai bekas Naib Presiden Perniagaan Kandungan Melayu dan Nusantara di Astro memperkayakan lagi dimensi dokumentari ini.

Sumbangan
perspektif turut disempurnakan oleh Imillya Irwani Roslan, Pengarah Produksi VIU Malaysia yang membawa pengalaman lebih 20 tahun merentas syarikat penyiaran besar termasuk Astro Shaw dan VIU.

Dokumentari
ini juga diperkuatkan dengan huraian akademik daripada Dr. Aishah Mohammad Razi, yang mengupas industri televisyen melalui lensa kajian dan analisis ilmiah.

Menggabungkan
pandangan industri dan akademia, dokumentari arahan Azry Ahmad Mustafa Hadi daripada Unit Majalah dan Dokumentari TV, RTM ini menawarkan pengalaman tontonan yang penuh maklumat dan bernilai untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami bagaimana televisyen membentuk masyarakat Malaysia dari dahulu hingga kini.

Jangan
lepaskan peluang menyaksikannya hanya di TV1 dan platform RTMKlik - https://rtmklik.rtm.gov.my - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments