HBO Original Drama Series Dune: Prophecy Mulakan Penggambaran Musim Kedua


PENGGAMBARAN bagi musim kedua drama HBO Original, Dune: Prophecy, kini telah bermula. Musim kedua ini akan menampilkan lapan episod dan diterajui oleh Showrunner Alison Schapker.

Untuk
musim terbaharu ini, siri ini akan menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik merangkumi negara Hungary, Jordan, dan Sepanyol.

Musim
pertama Dune: Prophecy menerima empat pencalonan Emmy pada tahun ini, menunjukkan pengiktirafan kritikal terhadap kualiti dan naratifnya.

Berasal
daripada alam semesta Dune yang luas, ciptaan pengarang terkenal, Frank Herbert, dan berlatarbelakangkan 10,000 tahun sebelum kebangkitan Paul Atreides, Dune: Prophecy mengisahkan dua adik-beradik Harkonnen yang berjuang menentang kuasa yang mengancam masa depan manusia.

Kisah
mereka membentuk asas kepada order legenda yang kemudiannya dikenali sebagai Bene Gesserit.

Barisan
pelakon baharu yang diumumkan termasuk Indira Varma, Ashley Walters, dan Tom Hollander, manakala barisan pelakon yang kembali dari musim pertama terdiri daripada Emily Watson, Olivia Williams, Travis Fimmel, Jodhi May, Sarah-Sofie Boussnina, Josh Heuston dan lain-lain.

Siri
ini dihasilkan bersama oleh HBO dan Legendary Television, di mana Legendary juga terlibat dalam penghasilan francais filem Dune.

Dune: Prophecy
diilhamkan daripada novel Sisterhood of Dune karya Brian Herbert dan Kevin J. Anderson, menambahkan lagi kedalaman dan kesinambungan dunia Dune dalam medium televisyen.

Penonton
boleh menonton semula musim pertama Dune: Prophecy serta filem-filem Dune di HBO Max, untuk memahami perjalanan epik sebelum musim kedua bermula- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments