BINTANG Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Amirul dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.Penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak itu dengan nama penuh Amirul Azwan Mohd Ghazali itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun.
Berita duka ini turut dikongsi oleh pengacara dan personaliti TV, Datuk Aznil Hj Nawawi, menerusi satu hantaran di Instagram.
"Allahu satu lagi berita sedih Paknil terima. Dikhabarkan Bintang AF4 Amirul atau Amighul harini pergi menghadap Illahi.
"Selepas AF kami memang tak pernah bertemu sebab Amirul berada di Sarawak. Sesekali dia ada bertanya khabar di media sosial. Hari ini Amirul sudah tiada. Takziah diucapkan pada keluarga beliau. AlFatihah," ujarnya.
Amirul meninggalkan seorang isteri, yang difahamkan kini sarat hamil anak sulung mereka. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2023.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments