Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Nikmati Deretan Siri Jepun Menarik di HBO Max Mulai 17 Oktober

| KREDIT FOTO: Credit: ©TBS l HBO Max

HBO Max kembali membawakan deretan kandungan Jepun yang cukup menarik, daripada kisah cinta yang manis hingga drama penuh emosi dan ketegangan.

Bermula 17 Oktober, penonton boleh menikmati pelbagai siri dan special Jepun yang pastinya buat anda melekat di skrin.

Love is for the Dogs

Love is for the Dogs mengisahkan seorang peguam perceraian yang berhati lembut dan seorang doktor haiwan muda yang disatukan secara tak disangka gara-gara anjing peliharaan mereka yang 'jatuh cinta' lebih awal daripada tuan masing-masing.

Dari situ, benih cinta mula tumbuh di antara dua manusia ini, sehinggalah kehadiran seorang pewaris korporat dari Korea mengubah segalanya dan menggugat hubungan yang baru berputik itu.

La Grande Maison Tokyo SPECIAL

Bagi pencinta kisah berlatarkan dunia kulinari, La Grande Maison Tokyo SPECIAL pasti jadi tontonan wajib. Siri khas ini membawa penonton menyelami cabaran Chef Hayami yang berdepan krisis besar selepas pandemik Covid-19 menjejaskan perniagaannya.

Dalam usahanya mencari inspirasi semula, Hayami berkunjung ke sebuah restoran di Kyoto yang dikatakan bakal dinobatkan sebagai restoran Perancis terbaik dunia. Di situlah dia yakin Chef Natsuki Obana, bekas rakan kongsi dan pesaingnya, telah kembali ke Jepun.

Untuk yang belum pernah menonton versi asalnya, La Grande Maison Tokyo turut tersedia di platform sama. Kisahnya mengikuti perjuangan Obana yang terpaksa menutup restoran dua bintang Michelin di Paris, sebelum bertemu seorang chef pesaing yang akhirnya mengembalikan semangatnya untuk mengejar impian besar, mendapatkan bintang ketiga Michelin.

Vivant

Beralih kepada drama penuh debaran, Vivant membawa penonton ke tengah-tengah misi berbahaya apabila seorang ahli perniagaan, Yusuke Nogi, dituduh sebagai dalang letupan di Republik Balka.

Diburu oleh musuh dan dikhianati oleh keadaan, Nogi harus bekerjasama dengan ejen perisikan misteri serta seorang doktor tempatan bagi membersihkan namanya dan menyingkap kebenaran di sebalik konspirasi besar itu.

Mr. Mikami’s Classroom

Sementara itu, Mr. Mikami’s Classroom pula menawarkan kisah inspirasi tentang seorang bekas pegawai kanan di Kementerian Pendidikan yang memilih untuk menjadi guru di sekolah swasta selepas disingkirkan daripada jawatannya.

Dengan pengalaman dan idealisme yang masih segar, Mikami bertekad mahu membetulkan sistem pendidikan dari dalam dan membuktikan bahawa seorang guru boleh membawa perubahan sebenar.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama antara Warner Bros. Discovery dan U-NEXT, HBO Max turut menawarkan lebih banyak pilihan kandungan Jepun berkualiti seperti Ignite, Who Saw the Peacock Dance in the Jungle?, Light of My Lion, Until I Destroyed My Husband’s Other Family, dan Baby Assassins Everyday! Semuanya boleh distrim mulai 17 Oktober. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments