Untuk selebriti, kulit yang sihat bukan sahaja meningkatkan keyakinan di depan kamera, malah menjadi tanda hidup yang terurus dan bertenaga.
Pada acara Glow Like Idol Showcase yang berlangsung di Sunway Pyramid baru-baru ini, selebriti popular seperti Lee Jun Young, Syafiq Kyle dan Mimi Lana tampil mendedahkan rutin rahsia kulit berseri mereka.
Para selebriti ini turut berkongsi pengalaman menggunakan NIVEA LUMINOUS 630 Skin Glow Serum, yang kini menjadi sebahagian daripada rutin harian penjagaan kulit mereka.
Rahsia Kulit Berseri
Pelakon dan penyanyi Korea, Lee Jun Young, yang terkenal dengan drama Weak Hero Class 2 dan When Life Gives You Tangerines, menekankan bahawa kulit berseri adalah keperluan apabila sering berada di hadapan kamera.
"Walaupun penat atau sibuk dengan jadual padat, saya tetap pastikan ada masa untuk penjagaan kulit. Saya suka produk yang ringan, cepat meresap dan membuat kulit rasa segar," kongsinya sambil tersenyum.
Sementara itu, actor Syafiq Kyle, memilih rutin penjagaan kulit yang ringkas tetapi berkesan.
"Rutin saya mudah tapi berkesan. Pagi dan malam, saya gunakan NIVEA LUMINOUS 630 Skin Glow Serum untuk menyerlahkan keserian kulit dan menjadikannya lebih licin.
"Sebelum tidur, saya juga gunakan NIVEA LUMINOUS 630 Anti-Spot Serum bagi mencegah bintik hitam. Gabungan kedua-dua serum ini memang membantu rutin penjagaan kulit saya jadi lebih efektif," jelasnya.
Bagi Mimi Lana pula, pendekatan berbeza dipilih dengan menggunakan beberapa produk bagi kesan maksimum.
"Saya mulakan dengan Liquid Refiner untuk mengeksfoliasi kulit secara lembut, seterusnya amalkan LUMINOUS 630 Skin Glow Serum untuk keserian yang luar biasa. Akhir sekali, LUMINOUS 630 Anti-Spot Serum membantu mencegah bintik-bintik hitam.
"Kombinasi ini memastikan kulit saya sentiasa bersih, berseri dan bersedia di hadapan kamera," katanya sambil tersenyum manis.
Gabungan Skin Glow Serum dan Liquid Refiner dikatakan mampu menjadikan kulit empat kali lebih berseri, licin dan cerah secara sekata.
Selain daripada perkongsian rahsia kecantikan, acara yang dihiskan oleh Munabella itu juga memberi peluang kepada peminat untuk beramah mesra dengan selebriti melalui pelbagai aktiviti menarik.
Suasana penuh keriangan dan keseronokan menjadikan majlis ini satu pengalaman yang tidak mudah dilupakan.
Kini, rangkaian penuh NIVEA LUMINOUS 630 Skin Glow boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Watsons seluruh negara. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments