Hot Posts

6/recent/ticker-posts

DTE Gaming Juara Dew Challenge 2025: Dominasi MOBA Komuniti Terbesar Malaysia!


DTE Gaming kini rasmi bergelar Juara Kebangsaan Dew Challenge 2025, menamatkan kempen selama enam bulan dengan kemenangan penuh bergaya di pentas Grand Finals yang berlangsung di Blue Atrium, Sunway Pyramid.

Dengan
koordinasi padu dan strategi berpasukan yang mantap, mereka menewaskan Team Pirate King dari Johor dengan skor bersih 3-0 dalam format best-of-five, sekali gus mencatat kemenangan yang kukuh.

Dew Challenge
tahun ini membuktikan bahawa arena esports mudah alih bukan lagi sekadar medan untuk pro, tapi ruang untuk komuniti biasa jadi luar biasa.

Lebih
18,000 pemain mendaftar sejak Februari lalu, berentap dalam pusingan kelayakan seluruh negara, dari Pulau Pinang ke Johor Bahru, sebelum menutup tirai dengan penutup penuh debaran di Kuala Lumpur.

Di pentas
akhir, Team Pirate King walau bergelar naib juara, tetap mencuri perhatian ramai dengan gaya permainan berani dan semangat juang tinggi, selepas menewaskan dua pasukan berpengalaman untuk mara ke final.

Mereka
pulang dengan RM25,000 dan 15,000 token dalam permainan Honor of Kings, sementara Team Todak di tempat ketiga membawa pulang RM10,000 serta 5,000 token.

Selain
gelaran utama, kejohanan ini turut memberi spotlight kepada pemain terbaik individu. Pemain DTE.Cece dinobatkan sebagai Finals Most Valuable Player (FMVP) dan menerima ROG Phone 9 Pro tajaan Republic of Gamers sebagai penghargaan atas prestasi luar biasa beliau.

Grand Finals
berlangsung selama tiga hari dan menyaksikan ribuan peminat membanjiri venue secara fizikal, selain penonton online yang setia mengikuti setiap pusingan secara langsung.

Aktiviti
sampingan seperti cabutan bertuah, hands-on challenge, serta ruang interaktif menjadikan acara ini bukan sekadar pertandingan tapi festival komuniti sebenar.

COS-MIC Stars juga
kembali memeriahkan suasana dengan persembahan cosplay dari dunia Honor of Kings, mencipta suasana visual yang penuh warna dan semangat.

Lebih
dari Sekadar KejohananIni Adalah Gerakan Komuniti

Menurut
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan, Dew Challenge telah berkembang menjadi lebih daripada sekadar pertandingan tahunan.

Kejohanan ini bukan hanya tentang menang atau kalah. Ia tentang menyatukan pemain, peminat, keluarga dan komuniti sekali gus menjadikan semua orang rasa mereka sebahagian daripada sesuatu yang besar.

"
Mountain Dew sentiasa meraikan keberanian, tetapi pada masa yang sama kami menghargai nilai kekitaan, katanya.


Dengan
jumlah hadiah keseluruhan RM750,000, kolaborasi berani bersama Honor of Kings, ROG, SEAGM, Jollibee, 4Fingers, dan The Chicken Rice Shop, serta liputan merentasi tiga bandar utama, Dew Challenge 2025 kini rasmi dinobat sebagai kempen MOBA komuniti paling besar dan paling berani di Malaysia.

Dari
pusingan kelayakan ke pentas akhir, Dew Challenge 2025 bukan sekadar perlawanan tetapi ia adalah gerakan yang membina komuniti dan membuka laluan baharu untuk bakat tempatan.

Untuk
semua yang bertanding, bersorak atau sekadar menonton, inilah bukti bahawa semangat esports Malaysia hidup dan membara.

DTE Gaming
mungkin juaranya, tapi seluruh komuniti gaming yang keluar sebagai pemenang sebenar- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments