Hot Posts

6/recent/ticker-posts

redBus Lancarkan Malaysia Food Map, Rai Keunikan Kulinari


redBus, platform tempahan tiket bas terbesar di dunia, kini melangkah ke dimensi baharu dengan melancarkan redBus Malaysia Food Map, satu panduan interaktif yang menggabungkan kecintaan rakyat Malaysia terhadap makanan dan pelancongan.

Inisiatif ini mengetengahkan 40 hidangan popular dari seluruh negara, mewakili kepelbagaian budaya makanan Malaysia termasuk pengaruh Melayu, Cina, India, Peranakan dan komuniti bumiputera.

Semua ini dipetakan secara interaktif melibatkan lebih 160 lokasi makan dari bandar besar hinggalah pekan kecil. Food Map ini bukan sekadar direktori makan, tetapi ia adalah pengalaman menyeluruh.

Menerusi aplikasi redBus atau laman mikro khas yang kini tersedia dalam bahasa Inggeris (akan datang dalam bahasa Melayu), pengguna boleh teroka menu kegemaran serta lokasi tempat makan untuk dicuba secara langsung.

Reka bentuk aplikasinya mesra pengguna, memudahkan pengembara mencari cita rasa tempatan mengikut laluan perjalanan mereka.

redBus menjelaskan bahawa pelancongan berasaskan makanan kini menjadi trend utama dengan statistik menunjukkan peningkatan 43 peratus (%) dalam perbelanjaan pelancong di Malaysia tahun 2024 berbanding 2023. Lebih menarik, kategori makanan dan minuman mencatatkan lonjakan tertinggi iaitu 52%.

Dengan perkembangan ini, redBus bertekad untuk menjadi lebih daripada sekadar aplikasi tempahan, tetapi turut memainkan peranan sebagai jambatan budaya dan pencetus pelancongan tempatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif redBus, Prakash Sangam, dengan pelancaran Malaysia Food Map, pihaknya dapat mempertingkatkan pengalaman pelanggan, daripada perkhidmatan praktikal kepada peranan yang lebih mendalam dan bermakna dalam penerokaan serta perancangan perjalanan mereka.

"Makanan mencerminkan budaya sesuatu masyarakat, dan pelancaran redBus Malaysia Food Map merupakan penghargaan kami terhadap sejarah negara ini serta semangat rakyat Malaysia dalam meneroka dan mengikuti trend makanan.

"Matlamat kami adalah untuk sentiasa memudahkan dan memperkayakan pengalaman perjalanan. Kami teruja untuk menghubungkan orang ramai dengan pelbagai cita rasa hebat yang ditawarkan oleh Malaysia, dengan cara yang menyeronokkan dan mudah diakses,” ujarnya.

Peta Rasa Interaktif, Diskaun Eksklusif & Sentuhan Komuniti

redBus Malaysia Food Map dibangunkan sebagai peta dinamik masa nyata yang sentiasa dikemas kini, bukan saja menampilkan lokasi-lokasi makan viral, tetapi juga gerai dan restoran kecil yang jarang diketahui pelancong luar.

Setiap titik dalam peta mempunyai butiran lokasi serta arah untuk sampai ke sana, menjadikan ia teman setia buat semua kaki makan.

Apa yang menjadikan Food Map ini lebih menarik ialah cirinya yang bersifat komuniti. Pengguna boleh mencadangkan sendiri lokasi makanan kegemaran mereka menerusi laman mikro dan saluran media sosial redBus.

Maklumat yang dihantar akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam peta, lengkap dengan nama penyumbang sebagai kredit, sebuah cara kreatif mengiktiraf pengetahuan tempatan serta semangat berkongsi.

redBus turut merancang pelbagai aktiviti di media sosial untuk mengumpul maklumat lokasi makan yang ‘hidden gem’ daripada komuniti pencinta makanan, selain menawarkan diskaun tiket bas istimewa ke bandar-bandar tertentu setiap bulan sebagai galakan pelancongan domestik.

Lokasi seperti gerai ikonik, restoran lagenda, hinggalah kafe hipster semuanya dikumpul dan dipetakan demi pengalaman menyeluruh untuk pengembara tempatan dan luar negara.

Inisiatif ini juga sejajar dengan matlamat Tahun Melawat Malaysia 2026, memperkukuh peranan redBus dalam ekosistem pelancongan negara yang kini semakin fokus kepada pengalaman autentik dan ‘local-driven’.

Dengan pertumbuhan pesat segmen pelancongan makanan, redBus Malaysia Food Map dijangka menjadi pelengkap wajib buat mereka yang ingin menjelajah Malaysia bukan sekadar dengan mata, tapi dengan rasa.

Sama ada anda suka makan sambil mengembara, atau memang merancang perjalanan semata-mata untuk menikmati makanan, redBus kini memudahkan segalanya. Cita rasa tempatan kini boleh diteroka terus di hujung jari. Mulakan perjalanan anda melalui aplikasi redBus atau laman mikro rasmi di www.redbus.my/foodmap- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments