"Peranan kami ialah menyediakan alat, infrastruktur dan bimbingan yang sesuai agar mereka dapat berkembang mengikut keperluan mereka,” katanya.
Inspirasi wanita berjaya
🔹 Karen Ng Pei Voon (Audio King - Jenama elektronik tempatan, Mogad)
Selepas menyertai program MY-SG Direct, perniagaannya mencatat peningkatan hasil sebanyak sepuluh kali ganda dalam tempoh enam bulan, hasil penambahbaikan berterusan dalam senarai produk dan penyertaan dalam kempen bersasar.
🔹 Purani Selvaratnam (Jenama keperluan bayi, Joey & Mom)
Dengan memanfaatkan sistem logistik dan pemasaran Shopee, jenama ini berjaya menembusi pasaran Singapura walaupun beroperasi sepenuhnya dari Malaysia yang membuktikan bahawa e-dagang digital boleh melengkapi tanggungjawab keluarga dan aspirasi perniagaan.
🔹 Sheryn Chin (Makanan bayi)
Bermula dari rumah, kini perniagaan Sheryn mencatat ratusan pesanan eksport setiap bulan. Walaupun berdepan cabaran awal dengan prosedur kastam rentas sempadan dan kesukaran onboarding di platform lain, dia menemui solusi melalui program MY-SG Direct Shopee. Kini Sheryn berkongsi pengalamannya sebagai jurulatih bertauliah Shopee Xpert dan mentor kepada usahawan wanita yang lain.
Lebih banyak peluang
Shopee terus komited menjadikan e-dagang inklusif untuk semua. Melalui kerjasama rapat dengan agensi seperti MATRADE, ia menyokong strategi pembangunan eksport yang lebih tersusun, berskala dan mampan, khususnya untuk perniagaan wanita dan komuniti luar bandar.
Menurut Saovanee, gabungan pengalaman Shopee dan panduan strategik MATRADE membuka lebih banyak peluang berimpak tinggi kepada usahawan wanita Malaysia untuk bersaing secara global.
WiEX 2025 dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan disaksikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz.
Turut hadir ialah Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz; dan Pengerusi HAWA Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Antara pengisian utama forum ialah pelancaran Women Exporters e‑Directory iaitu sebuah inisiatif nasional untuk meningkatkan keterlihatan perniagaan milik wanita kepada pengimport dan rakan kongsi antarabangsa.
Dengan landskap digital yang terus berkembang, Shopee menyatakan komitmennya untuk membina ekosistem yang menyokong semua, termasuk golongan wanita dan PMKS luar bandar.
Menerusi gabungan alat digital, latihan berstruktur dan platform eksport, Shopee terus membantu usahawan wanita Malaysia membina jenama yang mampan dan menembusi pasaran global. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments