Oleh: ZULQARNAIN ABU HASSAN
BERSIAP sedia untuk malam penuh magis dan nostalgia apabila irama abadi Bee Gees menghangatkan pentas Zepp Kuala Lumpur.
Pada 31 Julai dan 1 Ogos 2025, konsert Saturday Night – Celebrating Bee Gees bakal membawa peminat muzik Malaysia menyelusuri kembali zaman kegemilangan kumpulan legenda itu dalam sebuah persembahan yang dijangka luar biasa.
Dibawakan oleh Milestone Production, konsert ini meraikan warisan muzik Bee Gees yang telah memikat hati dunia sejak lebih lima dekad lalu.
Lagu-lagu ikonik seperti
Massachusetts, To Love Somebody dan
Night Fever akan menghidupkan semula memori indah era pop klasik.
Dengan lima kemenangan Anugerah Grammy, Bee Gees kekal sebagai antara ikon muzik paling berpengaruh dalam sejarah industri hiburan global.
Konsert ini akan menampilkan Saturday Night Bee Gees, sebuah kumpulan tribute dari UK yang dikenali kerana keupayaan mereka menghidupkan kembali gaya vokal dan semangat adik-beradik Gibb dengan penuh ketelitian dan karisma.
Dibarisi enam pemuzik berbakat, kumpulan ini menjanjikan pengalaman persembahan autentik menerusi lagu-lagu popular seperti
Jive Talkin’, How Deep Is Your Love, Tragedy, dan
You Win Again.
Tiket persemahan dijual dengan harga antara RM198 hingga RM638. Untuk pengalaman lebih eksklusif, pakej Platinum Box untuk enam orang turut ditawarkan pada harga RM4,800 – sesuai untuk penonton yang ingin meraikan malam istimewa bersama rakan atau keluarga.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, layari laman web rasmi:
www.milestoneentertainment.com .
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments