Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[AlFatihah] Gitaris Spring, Iskandar Meninggal Dunia Dalam Tidur




GITARIS kumpulan Spring,  Iskandar meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Miri, Sarawak, sekitar jam 1 pagi Selasa.

Iskandar atau nama penuhnya, Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail juga merupakan pengasas kumpulan Spring itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 56 tahun.

Perkhabaran duka itu disahkan Timbalan Presiden Music Malaysia, Ayob Abd Majid menerusi satu hantaran di Facebook.

“Saya dengan penuh rasa hiba dan dukacita ingin mengucapkan takziah atas pemergian sahabat lama, Iskandar Spring, yang telah kembali ke rahmatullah.

"Arwah bukan sekadar seorang pemuzik berbakat dan pengasas kumpulan Spring, malah juga seorang sahabat seperjuangan yang sangat dekat di hati saya,” katanya.

Difahamkan, Allahyarham sebelum ini bergelut dengan beberapa masalah kesihatan seperti diabetes, kesukaran bertutur, strok serta menjalani rawatan dialisis akibat komplikasi buah pinggang.

Disebabkan faktor kesihatan tersebut, Iskandar mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia seni pada tahun 2019.

Selain Iskandar, kumpulan Spring turut dianggotai oleh Ameng selaku vokalis, Zahar (gitar kedua), Empy (bass), dan Acong (dram).

Spring merupakan salah satu kumpulan pop terkenal era 1990-an yang mencipta nama menerusi lagu-lagu hit seperti Sampai Hati, Bougainvillea, Sejiwa, Butakah Cinta, Sepi Tanpa Cinta dan banyak lagi. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

إرسال تعليق

0 تعليقات