Hot Posts

6/recent/ticker-posts

A Minecraft Movie eksklusif di Max bermula 20 Jun


WARNER Bros. Pictures dan Legendary Pictures bakal melancarkan tayangan penstriman global A Minecraft Movie secara eksklusif di platform Max bermula Jumaat, 20 Jun ini.

Selamat datang ke dunia Minecraft, di mana kreativiti bukan sekadar untuk membina, tetapi menjadi kunci utama untuk terus hidup.

Empat individu yang serba kekurangan iaitu Garrett 'The Garbage Man' Garrison (Jason Momoa), Henry (Sebastian Hansen), Natalie (Emma Myers), dan Dawn (Danielle Brooks) sedang bergelut dengan masalah hidup biasa apabila tiba-tiba mereka tersedut ke dalam sebuah portal misteri yang membawa mereka ke Overworld, sebuah dunia pelik berbentuk kiub yang dipenuhi keajaiban dan imaginasi.

Untuk kembali ke dunia nyata, mereka perlu menguasai dunia Minecraft,  sambil melindunginya daripada ancaman makhluk jahat seperti Piglins dan Zombies dengan bantuan seorang pakar pembina yang tidak disangka-sangka, Steve (lakonan Jack Black).


Pengembaraan ini bakal menguji kelima-lima watak tersebut untuk menjadi lebih berani dan kembali mempercayai kekuatan kreativiti yang ada dalam diri masing-masing, sesuatu yang juga amat penting dalam dunia sebenar.

Diarahkan oleh calon Oscar® Jared Hess, filem ini merupakan adaptasi aksi nyata pertama bagi permainan video terlaris dunia, Minecraft. Filem ini turut menampilkan Emma Myers, Danielle Brooks, Sebastian Hansen, serta Jennifer Coolidge.

Skrip ditulis oleh Chris Bowman, Hubbel Palmer, Neil Widener, Gavin James dan Chris Galletta, berdasarkan cerita asal oleh Allison Schroeder, Chris Bowman & Hubbel Palmer, dan diinspirasikan daripada permainan video Minecraft.

Tidak kira sama ada anda peminat tegar Minecraft sejak kecil atau baru nak kenal dunia blok ini, A Minecraft Movie menjanjikan satu pengembaraan penuh aksi, keajaiban dan inspirasi. Jangan lupa, streaming bermula 20 Jun – hanya di Max. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

إرسال تعليق

0 تعليقات