BERSEDIALAH untuk kembali ke dunia penuh misteri dan kekacauan apabila Wednesday: Musim Kedua membuka tirai bermula Ogos ini. Lebih gelap, lebih pelik, dan lebih menghiburkan.
Musim kali ini menjanjikan pengalaman yang tidak boleh dilepaskan, khususnya bagi mereka yang berjiwa 'outcast'.
Ini juga peluang anda untuk menyertai keletah unik Wednesday Addams dan rakan-rakan sekelasnya, apabila Nevermore Academy kembali membuka pintunya untuk pelajar baharu.
Sertai mereka dalam satu semester baharu yang pastinya penuh dengan drama pelik, kuasa ghaib dan kekacauan menyeronokkan.
Permohonan kini dibuka sehingga 24 Julai menerusi laman rasmi Nevermore Academy yang telah dilancarkan semula, lengkap dengan video rekrut khas daripada pengetua baharunya, Barry Dort (lakonan Steve Buscemi).
Wednesday: Musim 2
📌 Bahagian 1 Tayang Perdana: 6 Ogos 2025
📌 Bahagian 2 Tayang Perdana: 3 September 2025
Sinopsis
Wednesday Addams (lakonan Jenna Ortega) kembali menghantui lorong-lorong Gothic Nevermore Academy, di mana musuh baharu dan cabaran pelik menanti.
Wednesday perlu berdepan dengan keluarga, kawan-kawan dan musuh lama yang akan membawanya ke satu lagi tahun yang penuh dengan kekacauan pelik dan menyeramkan.
Dengan gaya sinis dan pesona ‘deadpan’ yang menjadi identitinya, Wednesday turut terjebak dalam satu misteri ghaib yang benar-benar mengerikan.
Antara babak menarik dalam Wednesday musim kedua | FOTO: Netflix |
Pencipta siri, Alfred Gough dan Miles Millar, kembali sebagai showrunner untuk musim kedua yang mendebarkan ini, bersama penerbit eksekutif dan pengarah, Tim Burton.
Musim baharu Wednesday turut menampilkan barisan pengarah terkenal yang membawa sentuhan tersendiri kepada setiap episod. Tim Burton kembali mengarah untuk episod 201, 204, 207 dan 208, manakala Paco Cabezas mengarah episod 202 dan 203. Sementara itu, Angela Robinson pula diberi tanggungjawab mengarahkan episod 205 dan 206.
Antara barisan pelakon tetap dalam musim ini termasuk Jenna Ortega, Emma Myers, Steve Buscemi, Catherine Zeta-Jones, Luis Guzman, Isaac Ordonez, Joy Sunday, Billie Piper, Luyanda Unati Lewis-Nyawo, Moosa Mostafa, Georgie Farmer, Victor Dorobantu, Evie Templeton, Owen Painter, Noah B. Taylor dan Hunter Doohan.
Dengan kombinasi dunia gothic yang unik, humor sinis dan misteri yang semakin mendalam, Wednesday: Musim Kedua menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih gelap, kelakar dan menggigit daripada sebelumnya.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pengembaraan terbaru Wednesday Addams di Nevermore Academy mulai Ogos ini. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 تعليقات