Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Lady Gaga bakal gegarkan Netflix Tudum 2025: The Live Event


BINTANG pop ikonik dan pemenang anugerah Grammy, Lady Gaga disahkan bakal membuat persembahan secara langsung di Netflix Tudum 2025: The Live Event.

Aksi ekseklusif ini boleh distrim secara langsung pada 1 Jun, jam 8 pagi waktu Malaysia atau 5 petang (waktu Pasifik 31 Mei).

Acara mega itu akan dikendalikan oleh pelakon Sofia Carson, dan turut menyaksikan penampilan istimewa daripada puluhan bintang popular Netflix kegemaran anda.

Tudum Live merupakan acara tahunan global istimewa untuk peminat Netflix, dinamakan sempena bunyi ikonik 'tudum' yang kedengaran pada permulaan setiap kandungan Netflix.

Tampil sebagai acara tahunan terbesar Netflix yang meraikan peminat dan budaya pop dengan menampilkan filem, siri, bintang dan pencipta kandungan yang telah mencetus fenomena global.

Bermula Januari 2020 di Pavilion Bienal São Paulo, Brazil, Tudum pertama mempersembahkan pelbagai tajuk Netflix yang disasarkan kepada golongan remaja, menarik lebih 50,000 peminat dalam masa empat hari.

Sejak itu, Tudum berkembang dalam pelbagai format termasuk festival fizikal, penstriman langsung, dan almanak digital sekali gus menjadikannya antara acara global terpenting dalam kalendar hiburan.

Pada tahun 2023, Tudum kembali ke São Paulo dengan kehadiran lebih 35,000 peminat secara fizikal dan mencatat lebih 78 juta tontonan di saluran sosial rasmi Netflix.

Kini, Tudum Live bakal kembali pada 31 Mei 2025, secara langsung dari Kia Forum, Los Angeles, dan menjanjikan persembahan hebat, penampilan bintang-bintang gergasi Netflix, serta pendedahan eksklusif yang tidak boleh dilepaskan.

Untuk peminat di Malaysia, anda boleh menonton acara ini secara langsung melalui Netflix pada 1 Jun jam 8 pagi (MYT).

Tudum.com juga kekal sebagai destinasi rasmi sepanjang tahun bagi kandungan eksklusif, video di sebalik tabir, serta akses lebih mendalam terhadap dunia filem dan siri Netflix kegemaran anda. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

إرسال تعليق

0 تعليقات