Hot Posts

6/recent/ticker-posts

HBO umum pelakon baharu untuk siri Harry Potter — Dominic McLaughlin, Arabella Stanton, dan Alastair Stout bawa watak ikonik


HBO Original mengumumkan pemilihan pelakon baharu untuk siri televisyen adaptasi Harry Potter yang sangat dinanti-nantikan. Dominic McLaughlin dipilih untuk memegang watak Harry Potter, Arabella Stanton sebagai Hermione Granger, dan Alastair Stout sebagai Ron Weasley.

Menurut Francesca Gardiner, Showrunner dan Eksekutif Produser siri ini, serta Mark Mylod, pengarah beberapa episod dan Eksekutif Produser, pemilihan pelakon dilakukan selepas satu proses pencarian yang luar biasa, diketuai oleh pengarah penggambaran Lucy Bevan dan Emily Brockmann.

“Selepas pencarian hebat yang melibatkan ribuan kanak-kanak yang menjalani uji bakat, kami amat gembira kerana akhirnya menjumpai Harry, Hermione, dan Ron.

"Bakat ketiga-tiga pelakon muda ini sungguh luar biasa untuk disaksikan, dan kami tidak sabar untuk dunia menyaksikan keajaiban mereka bersama di skrin,” katanya.

Siri ini akan menjadi adaptasi setia kepada siri buku Harry Potter, karya penulis dan Eksekutif Produser J.K. Rowling.

Setiap musim akan membawa kisah Harry Potter kepada penonton baharu dan sedia ada, eksklusif melalui platform penstriman HBO Max, termasuk di pasaran baharu yang bakal dilancarkan seperti Jerman, Itali, dan United Kingdom. Sementara itu, filem-filem klasik asal Harry Potter akan terus tersedia untuk tontonan di seluruh dunia.

Francesca Gardiner juga bertindak sebagai penulis dan eksekutif produser siri ini, manakala Mark Mylod akan mengarah beberapa episod dan turut menjadi eksekutif produser bersama. Siri ini dihasilkan oleh HBO dengan kerjasama Brontë Film and TV dan Warner Bros. Television.

Selain J.K. Rowling, siri ini turut dikendalikan oleh Neil Blair dan Ruth Kenley-Letts dari Brontë Film and TV serta David Heyman dari Heyday Films sebagai eksekutif produser.

Dengan barisan pelakon baharu ini dan pasukan produksi yang mantap, siri televisyen Harry Potter versi HBO dijangka membuka satu era magis baharu buat para peminat dan penonton seluruh dunia. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

إرسال تعليق

0 تعليقات