Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pelakon watak ‘Chucky’, Ed Gale meninggal dunia pada usia 61 tahun


PELAKON Ed Gale meninggal dunia di sebuah hospital di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Selasa.

Bintang yang dikenali menerusi watak Chucky dalam francais filem Child's Play itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 61 tahun.

Berita kematian itu dimaklumkan oleh anak saudaranya iaitu Kayse Gale menerusi satu hantaran di Facebook.

“Dengan berat hati saya ingin memaklumkan bapa saudara saya, Ed sudah meninggal dunia," ujarnya.

Bagaimana punca kematian dan butiran lanjut tidak didedahkan dan disifatkan sebagai kematian mengejut.

Gale memulakan kerjayanya lakonan menerusi filem Howard the Duck pada 1986, sebelum membawakan watak Chucky, iaitu anak patung yang dimiliki oleh pembunuh bersiri dalam filem Child’s Play (1988).

Sepanjang kariernya, Gale membintangi lebih daripada 130 buah filem, rancangan televisyen dan iklan komersial, menjadikannya antara pelakon bersaiz kecil yang cukup prolifik di Hollywood.

Pemergian Ed Gale meninggalkan kesan mendalam kepada peminat filem seram, khususnya mereka yang membesar dengan watak Chucky yang menjadi legenda dalam budaya pop moden. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

إرسال تعليق

0 تعليقات