Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Taylor Swift masuk senarai Forbes

 


BINTANG global tersohor, Taylor Swift tersenarai sebagai Billionaire Dunia Forbes. Swift, 34, menjadi selebriti pertama dalam sejarah mencapai pendapatan dengan nilai bersih AS$1 bilion (RM4.75 bilion) melalui karya muzik atau persembahannya.

Kejayaan turut diraih dapripada pencapaian cemerlangnya ketika menjayakan siri jelajah The Eras Tour, sekali gus meletakkan penyanyi asal Amerika Syarikat itu berada dalam senarai tersebut bersama billionaire lain.

Senarai didahului oleh pemilik gergasi barangan mewah Perancis LVMH Bernard Arnault dan keluarganya dengan nilai bersih RM1,107.33 bilion, Elon Musk (RM926.73 bilion), Jeff Bezos (RM921.98 bilion), Mark Zuckerberg RM841.19 bilion) dan lain-lain.

Antara yang turut tersenarai adalah  George Lucas (RM26.13 bilion), Michael Jordan (RM15.2 bilion) dan Kim Kardashian (RM8.07 bilion). - 7KLIK


Post a Comment

0 Comments