Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Al-Fatihah] Jaafar Onn sudah tiada


DUNIA seni kehilangan sebutir lagi bintang dengan pemergian selebriti versatil, Jaafar Onn yang meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah (Hospital Serdang), Serdang, sekitar 11.32 pagi Rabu.

Allahyarham dimasukkan di wad kecemasan, zon kritikal hospital berkenaan sejak Isnin sebelum menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun, dipercayai akibat serangan jantung.

Berita duka tersebut disahkan oleh anak angkatnya, Mohd. Hanif Mohd. Hashim, 30, ketika tembual bersama media.

“Pagi tadi papa ada melalui prosedur endoskopi dan doktor ada beritahu prosedur terbabit berisiko sebab papa ada masalah jantung lemah tapi terpaksa buat sebab pendarahan.

“Kadar degupan jantung dia tinggi sampai 140. Masa buat endoskopi sekitar pukul 10 dan ketika melalui prosedur itu, papa mengalami serangan jantung dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.32 pagi,” ujarnya sebagaimana dilaporkan.

Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya, di Tanjung Ganding, Muar, Johor dan disemadikan selepas waktu Maghrib, hari ini.

Terdahulu, kesihatan Jaafar dilaporkan merosot sebelum ditahan wad HSIS, selepas mengadu mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

Ketika hayatnya, Allahyarham aktif sebagai pengacara dan pelakon komedi selain cukup sinonim dengan drama bersiri popular, Cili Padi- 7KLIK


Post a Comment

0 Comments