Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pelakon Nang Nak, Winai Kraibutr meninggal dunia


AKTOR yang juga bintang filem seram popular Thailand, Nang Nak, Winai Kraibutr dilaporkan meninggal dunia pada 20 Mac lalu.

Kraibutr sinonim dengan watak Mak dalam filem yang menjadi fenomena itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 54 tahun akibat kanser kulit.

Difahamkan, aktor tersebut sudah lima tahun menderita penyakit berkenaan sebelum kesihatan semakin merosot sejak 15 Mac lalu.

Berita duka itu dikongsi isterinya, Orachanya Kraibutr di laman media sosial miliknya yang turut menyatakan mendiang suaminya mengalami sawan dan tidak sedarkan diri sehingga akhirnya meninggal dunia.

Menurutnya lagi sebagaimana dilaporkan media tempatan, aktor berkenaan sebelum ini pernah mendapatkan pelbagai rawatan untuk pulih termasuk menjalani perubatan secara tradisional.

Ketika hayatnya, Winai Kraibutr juga pernah mencipta populariti menerusi filem Bang Rajan yang dipasarkan setahun selepas Nang Nak (1995). Kejayaan yang diraih menerusi dua filem tersebut juga menjadikan mendiang sebagai salah seorang aktor yang mendapat bayaran paling mahal bayaran di Thailand pada era itu. - 7KLIK


Post a Comment

0 Comments