Konsert Sifu Dan Aku - Ramai teruja tunggu gandingan M. Nasir, Hattan beraksi di pentas sama


DUA legenda muzik nusantara, Datuk M Nasir dan Datuk Hattan, bakal berkongsi pentas menjayakan Konsert Sifu Dan Aku di Sabah International Convention Center (SICC) pada 3 Februari 2024.

Konsert yang dibawakan oleh Ochee Purnama Sdn Bhd dan HS Shazlicious Trading dengan kerjasama Borneo Excursions dan Angkatan Hebat Group itu merupakan gabungan pertama yang menampilkan 'guru' dan 'murid' yang sudah berjaya dalam bidang seni suara selama lebih 38 tahun.

M Nasir, yang dikenali sebagai Sifu, adalah seorang penyanyi, pencipta lagu dan penerbit yang sudah menghasilkan banyak karya hingga menjadi ikonik dalam dunia muzik nusantara. Sementara Hattan yang dikenali sebagai muridnya pula adalah penyanyi yang banyak merakamkan lagu kegemaran ramai hingga kini.

Mengulas tentang konsert berkenaan, M Nasir berkat, persemnahan itu sebagai satu cabaran buatnya.

“Saya anggap persembahan ini satu cabaran memandangkan hubungan saya dan Hattan sudah lama. Dia menyerlah bakatnya selepas menyanyikan lagu-lagu saya dan kiranya menjadi anak buah saya dalam penerbitan dunia rakaman.

“Selepas sekian lama bekerjasama dengan Hattan, kali ini kami berada di satu pentas yang penonton akan melihat terbuktinya kombinasi kami.

"Saya pasti peminat di Sabah menantikan konsert ini,” katanya menyifatkan keunikan konsert itu terletak pada gandingan mereka berdua pada satu pentas dan persembahan berskala besar.



Dalam pada itu, Hattan pula melihat konsert tersebut sebagai penceritan daripada awal kariernya bermula sehingga hari ini.

“Dari mula saya berguru dengan M Nasir, belajar terbit lagu, menyanyi dan semua dari zaman dulu. Kiranya, konsert ini adalah klimaks pada perguruan saya bersama beliau.

“Saya mahu menjadikan konsert ini sebagai satu memori indah untuk karier seni saya kerana kita satu pentas bersama di dalam satu konsert yang ditujukan khas 'Sifu Dan Aku'. Jadi, pada malam itu kami menyanyikan semua lagu hit.

“Memang ini bakal menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan. Rugi kalau orang tak datang kerana penceritan itu saya dan M Nasir. Bagaimana saya mengenali beliau hingga saat ini. Malah, saya juga ada pernah menerbitkan satu album Palestin untuk Palestin yang diterbitkan oleh beliau,” tegasnya.

Kedua-dua seniman itu akan menyajikan persembahan yang menyentuh jiwa dan meruntun hati dengan lagu-lagu yang mempunyai sejarah dan makna tersendiri.


Konsert Sifu Dan Aku adalah sebuah konsert yang unik dan istimewa kerana ia bukan sahaja menampilkan dua seniman yang berbakat tetapi juga menunjukkan hubungan yang erat dan harmonis antara seorang guru dan seorang murid yang saling menghormati dan menghargai.

Persembahan itu juga merupakan satu penghargaan kepada peminat di Sabah yang jarang mendapat peluang untuk menyaksikan persembahan dua legenda ini secara langsung.

Tiket konsert boleh didapati denganharga RM988, RM488, RM388, RM288 dan RM188. Pembelian boleh dibuat menerusi  https://ilassotickets.com/event/konsert-sifu-aku/- 7KLIK

Post a Comment

Previous Post Next Post