Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Krishen Jit Fund umum 5 penerima Dana Seni 2023


KUALA LUMPUR: Krishen Jit Fund terus meraikan kreativiti asli masyarakat Malaysia dengan pelbagai cara dan alternatif, dalam semua bidang seni.

Mula diperkenalkan oleh ASTRO, bersama dengan Five Arts Centre pada tahun 2006 sempena memperingati Datuk Krishen Jit, dana tersebut bertujuan memberi bantuan kewangan kepada para penggiat seni yang layak untuk menjalankan projek-projek seni.

Karya-karya Krishen Jit sebelum ini telah menyatukan pelbagai bidang berbeza, termasuk penghasilan projek-projek daripada kepelbagaian budaya, bahasa dan pengalaman dengan memartabatkan identiti Malaysia.

Dari tahun 2006 hingga 2022, Krishen Jit Fund telah memberikan sejumlah 84 geran dengan jumlah RM626,000 kepada penggiat seni yang menjayakan pelbagai projek dari pelbagai genre seni.

Terbaru, Krishen Jit Fund mengumumkan lima penerima dana bagi tahun 2023. Mereka terdiri daripada Andrew Igai Jamu yang menerima bantuan sebanyak RM15,000, Goh Hooi Ling (RM11,000), Lau Beh Chin (RM10,000), Duncan Soo (RM5,000) dan Naomi Kakuvi Musau (RM5,000).

Pemilihan dilakukan berdasarkan beberapa kriteria dan melibatkan barisan panel yang dilantik khas iaitu Suhaimi Abdul Rahim yang merupakan Pengarah Bahagian Peningkatan Seni dan Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Malaysia; Jolyn Gasper (Penolong Kanan Naib Presiden Sustainability, Astro), Maha Subramaniam (Naib Presiden Yayasan Creador), Leow Puay Tin (Profesor Madya, Sekolah Seni, Universiti Sunway) dan Ravi Navaratnam (Five Arts Centre).

Krishen Jit Fund diurus dan dikelola oleh Five Arts Centre di mana geran diberikan untuk latihan, bengkel, penempatan praktikal atau residensi, produksi eksperimen, penulisan, atau penciptaan karya baharu dalam muzik, tarian, teater, filem, seni visual atau seni pertunjukan.

Dana ini diurus dan dikelola oleh Five Arts Centre. Geran diberikan untuk latihan, bengkel, penempatan praktikal atau residensi, produksi eksperimen, penulisan, atau penciptaan karya baharu dalam muzik, tarian, teater, filem, seni visual atau seni pertunjukan. Krishen Jit Fund disokong oleh ASTRO dan Yayasan Creador. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN: incubus-kembali-ke-malaysia-untuk

[KREDIT FOTO: Krishen Jit Fund]

Post a Comment

0 Comments