Hot Posts

6/recent/ticker-posts

UK’s, Slam bergabung dalam satu konsert istimewa demi peminat


MELANGKAUI tiga dekad pembabitan mereka dalam dunia muzik tanah air, dua kumpulan muzik pop rock lagenda, UK’s dan Slam buat pertama kalinya dalam sejarah bakal digabungkan atas satu pentas dalam satu persembahan istimewa.

Gabungan tersebut bakal menyaksikan kedua-dua kumpulan lagenda itu menggamit nostagia bersama peminat menerusi Concert UK’Slam Musical yang akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam pada 3 Februari tahun hadapan.

Mengulas tentang tawaran tersebut, UK’s dan Slam berkata, idea untuk bergabung menerusi konsert yang dibawakan oleh Bombbay Legend bersama Amiruks Entertainment itu adalah satu kelainan dalam sejarah penglibatan mereka mengadakan konsert.

Kumpulan UK’s yang diterajui oleh Amir selaku vokalis, Rozdenil (gitar), Mohamad Saleh (bass), Amiruddin (drum), selain turut menampilkan Mus Satira (gitar) dan pemain sessionis asal dalam rakaman album kumpulan Uk’s.

Sementara Slam pula dianggotai Zamani (vokalis), Shah (gitar), Eddie (keyboard), Nor Azli (bass) dan Othman (drum).

Konsert itu juga bakal disertai oleh pemuzik-pemuzik undangan seperti Raja Mohd Sham (gitar akustik), Mirzan (keyboard), Mohar (seruling bambu), Pa’ang (perkusi) dan Shafiq (gitar).

Kumpulan UK's

Kumpulan Slam

Concert UK’Slam Musical yang berdurasi selama dua jam itu dibahagikan kepada beberapa segmen yang mempunyai nilai sentimental dari segi garapan, susunan dan sentuhan penceritaan melaui elemen visual serta muzikal yang akan digabungkan bersama-sama dalam persembahan kedua-dua kumpulan.

Dua kumpulan legenda yang mempunyai ramai peminat itu akan mempertaruhkan gaya persembahan tersendiri di mana, masing-masing mempunyai aura dan kekuatan daripada pelbagai aspek dalam persembahan segmen solo.

Tidak ketinggalan 'gabungan duet’ antara UK's dan Slam melalui lagu dan muzik yang akan dimulai dengan susunan irama akustik, diikuti persembahan lebih bertenaga dan energatik yang akan membawa para peminat kedua-duanya bergabung menjadi satu untuk bersama-sama menyanyi hingga ke akhir persembahan.

Konsert tersebut akan menyajikan seleksi 30 lagu terbaik dalam senarai 'all-time favourite' bagi kedua-dua kumpulan.

Antaranya ialah Rytham Si Jantung Hati, Pahit Akan Manis Akhirnya, Kekasihku Di Menara, Seksa, Kau Satu-satunya, Rondo Cinta Buta, Siapa Yang Rampas Cintaku, Bila Diri DiSayangi, Di Sana Menanti Di Sini Menuggu dan banyak lagi.

Sementara Slam pula pastinya bakal tampil dengan lagu-lagu seperti Buat Seorang Kekasih, Gerimis Mengundang, Nurkasih, Kembali Merindu, Kembali Terjalin, Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani, Tak Mungkin Berpaling, Mentari Muncul Lagi, Maria Mariana dan lain-lain.


Selain bernostalgia, konsert ini dijangkakan akan menjadi sebuah persembahan malar segar dengan memori dan kenangan buat peminat dan penonton yang hadir.

Tiket Concert UK’Slam Musical boleh diperoleh dengan harga RM588, RM308, RM248 dan RM408 (Numbered Seating). Diikuti RM248, RM188, RM108, RM208, RM148 (Free Seating). Pembelian boleh dibuat dengan melayari laman sesawang www.ilassotickets.com.my- 7KLIK


ARTIKEL LAIN: wali-band-cari-jodoh-fadhilah-bawadawai
ARTIKEL LAIN: skyline-luge-kuala-lumpur-buka-kepada
ARTIKEL LAIN: universal-music-group-umum-kerjasama

Post a Comment

0 Comments