Hot Posts

6/recent/ticker-posts

'Sebuah warkah cinta buat usahawan dalam talian tempatan' - Dokumentari Shopee rai lokal dilancarkan di Shopee Super Awards 2023


DOKUMENTARI Shopee Rai Lokal kini dilancarkan di Shopee Super Awards 2023 pada satu acara yang berlangsungkan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.

Karya tersebut membawakan kisah tiga penjual tempatan yang telah menembusi halangan dalam talian dan mencipta kejayaan di e-dagang.

Ketua Pemasaran Shopee, Kenneth Soh, berkata, filem dokumentari itu merupakan sebuah warkah cinta buat usahawan tempatan.

“Kami mahu membawakan kesedaran kepada pengguna tempatan bahawa di belakang setiap kedai dalam talian, terdapat ramai tanggungan dan komuniti yang disokong oleh penjual dan dokumentari ini merupakan bukti kecerdasan, daya tahan, dan nilai murni mereka.

"Shopee Rai Lokal mempertontonkan cabaran dan kejayaan yang membawa inspirasi dalam perjalanan penjual dalam mencari ceruk perniagaan dalam talian mereka.

"Filem ini juga mempertengahkan temubual bersama Edward Wong dari HomeDecoStore, Felicia Tan dari Mamami Shoppe dan Mohd Zaid dari Lampu Cherita. Mereka berkongsi kisah peribadi mereka dalam menembusi halangan, bermula secara kecil-kecilan dan mencipta kejayaan dengan sentiasa berkembang dalam bidang masing-masing," ujarnya.

Dokumentari Shopee Rai Lokal adalah julung-julung kali dilancarkan Shopee di Malaysia, diterbitkan dengan kolaborasi bersama Khairil M. Bahar, pengarah filem indie yang sebelum ini terkenal dengan filem Ciplak (2006), Relationship Status (2012), Cuak (2014) dan Kickflip (2020).

Tambah Kenneth, menerusi perkongsian dokumentari itu, pihaknya berharap ia dapat memberi inspirasi kepada mereka yang lain untuk mencapai impian dalam talian mereka.

"Kami ingin memudahkan rakyat Malaysia untuk membeli lokal dengan meraikan penjual terbaik dan menceritakan kisah mereka,” katanya.

Shopee Super Awards 2023 merupakan anugerah industri e-dagang terunggul yang dilangsungkan secara tahunan di Kuala Lumpur, yang mempamerkan hubungan sinergi antara komuniti dalam talian dalam memacu keterangkuman ekonomi dalam e-dagang dan peranan Shopee sebagai platform yang membolehkan pemacuan ini.

Acara itu turut dihadiri oleh barisan selebriti terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dolla, Neelofa, Ainul Aishah, Datuk Jovian, Nuex Rosli, Zoey Rahman, Ceddy Ang dan ramai lagi bagi meraikan kejayaan 100 jenama kegemaran, penjual tempatan dan bakat hebat dalam mencapai peningkatan jualan cemerlang dalam talian.

Pemenang anugerah cemerlang dalam e-dagang dengan mengambil bahagian dalam program peningkatan kemahiran Shopee, menyertai kursus percuma di Shopee Universiti, berhubung kenal dengan penjual lain di Shopee Seller Summit, menggunakan Shopee Marketing Solutions, mengambil bahagian dalam kelas pendidikan pempengaruh percuma, bertukar idea di Shopee House, dan mengembangkan jenama mereka melalui Shopee Live.

Shopee Rai Lokal merupakan sebuah siri kisah asli yang diceritakan dalam pelbagai saluran untuk meraikan penjual tempatan dan meningkatkan kesedaran untuk membeli lokal. Ia merupakan sebahagian daripada komitmen Shopee untuk memacu keterangkuman pasaran yang lebih meluas dan menggunakan teknologi untuk membantu membina komuniti.


Post a Comment

0 Comments